SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Monday

Kau Pergi Jua...

Assalammualaikum...
rasanye ni baru first time aku taip entry selepas sahur...
bukan apa sebelum terlupa, ingin kutitipkan rasa sayu dan sedih
atas pemergian Pn. Hamiza ke Rahmatullah jam 8.30/ 29 Ogos 2010
di Hospital Johor Speciallist... SALAM TAKZIAH buat En. Shahrim
suami pada Pn. Hamiza...

aku dapat berita. arwah dah x de, dekat kul 12tghri....
tq yati sbb beritah akak, kalau x mmg x tau pun...
dalam kul 12 lbh aku sampai kawasan rumah arwah...
dalam perjalanan ke sana Yati call ckp van jenazah dah gerak..
aduh...rasa terkilan x dpt jumpa arwah...
arwah di bawa ke Mersing kampung suaminya...
arwah juga dah x de mak dan ayah...


sedih sesangt....last aku jumpa masa dapat berita arwah nazak...
dr. pun menjangkakan arwh x lama...
mmg aku tgk masa tu arwah x berapa kuat...
tp semangtnye yang kuat utk berjuang utk hidup...


masa tgk arwah mmg sedih, aku gi kat arwah...
arwah panggil nama aku....arwah cakap
Erin, cepat2 dapat anak...aku punya nangis  masa tu...
mmg sedih sangt2...dia pandang muka aku,
aku berikan kata2 semagt...
lps tu aku dah x blh nak kata apa lagi...
air mata dah keluar laju....
sbb x pernah tgk arwah dah sakit teruk mcm tu...
sll bila kitaorang buat lawatan...
arwah masih kuat, masih tersenyum....
kali ni dtg terbaring....arwah pandang setiap
orang yang datang...sayu hati aku....


apa yang pasti biarlah arwah pergi ngan tenang...
kerana sudah lama arwah menghidap kanser...
semoga arwah dicucuri rahmat di bulan Ramadan ni....
Al-Fatiha untuk Pn. Hamiza  binti Bunyamin....




gambar aku  bersama Pn. Hamiza...





p/s: dapat tau pagi ni..arwah meninggal di rumah...
dan tidak sempat balik Mersing ketika arwah masih ada...
SALAM TAKZIAH BUAT FAMILY EN. SHAHRIM

Friday

PaRt TiMe- SaMPuL DuiT RaYa

Wah nak dekat Raya ni, aku dapat buat keje part time...
ok lah... duk umah x de keje...
bukannye aku ada anak, masak pun jarang sekali...
keje aku senangje...lipat sampul duit raya...
x susah pun...pejam mata pun blh buat...he3...


sampul duit raya ni untuk staf KPYPJ...
memandangkan terlalu banyak job di Cetak...
tu terpaksa minta bantuan staf untuk  melipat....
minggu depan job sampul dari luar lak...
wah blh dapat duit raya...buat tambah tol...


nilah sampul duit raya
yang blom dilipat....



mcm nilah caranye...sonangje....



lipat ke atas


tu dia bersepah atas tilam aku....


Kad Raya

Koorang dapat x kad raya...
aku rasa last dapat kad raya 2 3 tahun lps kot....
itupun x sampai 5...sadis betul...
seiring ngan kemajuan dunia it skrang...
kite pakai sms atau berfb dan tag kawan2 kite senang je kan...
jimat pun jimat, kalu x dah kena bajet beli stem lagi...


tp kekadang rindu gak nak dapat kad raya ni...
ada orang nk bagi x?...huhuhu....
masa aku sekolah2 dulu...
banyak gak aku dapat...maklumlah pak we keliling pinggang...
haip!!!...bnyaklah cantik muka ko...
nak kena pelangkung ngan bapak aku nanti...
dapat kad simpan lps tu gantung kat dinding umah...
maklumlah dinding umah aku guna plywood...
senang stplerje...buatlah mcm2 patern ko nk gantung camna...
asalkan nmpk cantik...


selalunya soalan yang ditanya dalam kad raya...
-tnya kabar dulu shat x?
-lps tu tanya puasa x hari ni?
-tahun ni raya balik mana?
-baju raya warna apa?
-berapa pasang?
-lps tu siap pesan jgn lupa bagi duit raya...


tulah zaman bila dapat kad raya....
budak2 sekrang main sms je...
x bestlh dik...dapat kad raya baru best...he3...



semalam aku tanpa menampal alamat untuk bos aku....
mmg aku suka bab keje2 yg mcm ni...he3..
lari dari keje opis kan....tp keje opislh ni...
client bos kan...















aku ingtkan nk printjelah atas kad raya tu senang jekan...
guna mailmerge...sekali jalan je...
x yah nak tampal2, gunting2....
tp ada masalah teknikal...terpksalah buat manual je...
aku ok je...bukan susah pun....





BuNgKuS KuiH RaYa

aku lom cadang nak buka kilang bungkus kuih raya yer...
cuma membantu Biro Kebajikan untuk buat hamper raya...
jadik aku ngan senang hati bila x de keje, kenalah bantu...
daripada melangok kat depan komputer ni...boring gakkan....

kak yani sedang berusaha menggunakan alat...
apa eh namanye... 2 3 x cuba sbb x melekat pun...
rupa2  nye kena tunggu lama sikit...



pembungkusan yang pertama...
kuih bangkit...aku tolong buka plstik je...
sbb aku ni ganas, dah lah kuih tu rapuh...
pecah je, kalau aku yg pegang...



ketua biro wanita @ runner gak...
bahagian lekat2 meggunakan karen dia mmg suka...


kuih bangkit  dimasukkan dalam plastik...


kerepek bawang lak...


sebungkus tu kak zura bungkus kejap je....



memandang kan alat untuk melekatkan plastik tu ada satu je...
jadik terpaksalah guna lilin...
cpt sikit siap....



production...timbang menimbang...
dan masukkan kuih...


aniz pun turut membantu...
welcome tu the club...
maklumlah anis orang baru dalam KPYPJ



prod. gunting menggunting lak...
sbb tempat letak biskut terlebih sudah...



dah siap...tgh tunggu biskut lak...



Muruku oh Muruku

Muruku adalah kuih raya yang ke-2 aku beli...
tahun ni aku mmg berkira bajet...
kuih pun x beli banyak...
ni adalah antara muruku yg sll aku tempah tiap2 tahun...
lain dari yang lain...
MURUKU IKAN & MURUKU OTAK-OTAK...
mmg sedap....tp aku beli mmg x banyak...
1/2 kilo je...sbb tau mmg x hbs..
last nanti aku jamu kat opis gak...
kalau blh aku nak cari biskut yang dalam nya 30 biji je..

eh lupa nak bagi tau....
tahun ni biskut aku beli 4 jenis je...
brand oli collection...
sbb mmg sedap biskutnye...homemade yer..
tahun lps aku beli biskut dalam 12 jenis gak...
mcm membazirje...
tu yang tahun ni kena kurang kan...he3


muruku ikan




muruku otak-otak..



OmOnG KoSoNg

Salam ramadan...dah lama rasanye aku x update...
maklumlah x de citer yang menarik....
nak cite pasal makanan pun x berapa best...
maklumlah sll buka sensorang...makan pun ala kadarje...
lps tu, makan pun x blh sembarangan....
koorang nak tau aku x leh makan nasi skrang...
semalam aku cuba makan gak...
tp rasa macam telan pasir ok...
sungguh x selesa...nak menelan pun kena bantuan air...
kalau x aku akan rasa nak tercekik...
tu yg kenyang minum airje...
sekarang ni buka kena makan mee ke, kuih je ke...
tu jelah yang blh mkan...
hari ni tekak rasa nak mkn chicken chop...
ngidam lak...itu pun x taulah blh makan ke idak...huhuhu...


pagi tadi aku dah tersedar dalam kul 3 lbh...
kepala berdenyut2, lps tu semput lagi...
aku dah terpikir semput sbb semlam buka minum sejuk...
tu pun first time minum coz cuaca mmg panas terik...
pening ...sbb ptg semalam aku
gi ambik muruku kat car park...mmg panas membahang...

mmg dah x leh tido, kul 4.30 bangun gak...
sbb dah mcm x leh bernafas...kena minum air panas...
makan roti 2 keping...mkn panadol sebiji..
lps makan je...aku trus muntah...
apa yang aku makan td semua keluar...elok je lps hbs sahur....
lps tu aku tido jap, sbb dah x semput lagi...6.15 bangun
nak solat subuh...muntah lagi...huhuhu...
apa yang tinggal dalam badan aku ni...
mintak2 aku dapat sempurnakan puasa hari ni....

Thursday

Sah Mandi Wajib

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum, 
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. 

Mandi wajib yg betul….. 
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. 

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. 

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. 

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur . 

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. 
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. 
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” 
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” 

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. 
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. 

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. 

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. 

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. 

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. 

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. 
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. 

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. 

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. 

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. 

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) . 

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. 
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh. 

Panduan Tambahan 
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a. 

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a. 

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). 
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ). 

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. 

Rahsia 13 
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. 

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” 
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

RuMaH UOLS dah BANCI


Assalammualaikum...
pepagi, tunggu enjin kete panas...
sempat lagi aku snap gambar kad bawah ni...

ni bukti yang menandakan umah aku,
orang banci dah datang...
lege seh...maklumlah masa orang banci datang...
kebetulan lak myhubby mmg cuti...
syukur alhamdulilah....x delah aku kena duk tepi pagar
kena menjawab segala soalan yang ditanya....
x pun mmg sah aku x keluar umah...takut...huhuhu...

lama gak aku rasa myhub duk kat luar...
dekat 15 minit, yerke...lupa lak...
tp lama lah gak...sbb myhub kata banyak soalan
tentang dalam isi rumah...ada ke x? seperti..
aircond, microwv, kipas, televisyen, dan mcm2 lagilah...
gaji ko laki bini pun akan ditanya....
pembanci ni dtg umah aku 30 Julai 2010...
datang malam yer...maklumlah siang kan koje...




dah siap banci, abang tu pesan...
abang jangn lupa tampal kad tu...
kan ada orang datang lagi ketuk umah...
wah cpt2 myhub buat...kan x pasal2
ada orang dtg ketuk umah lg sekali masa dia x de...


Wednesday

TuLuN-TuLuN

Assalammualaikum uols..
hari ni aku betul2 ngantuk...
kenapa ni...tido cukup rasanya...
malam tadi kul 10 lbh aku tido...
bangun sahur pun 5 minit lagi nk kul 5...
tp mata ni Ya Allah ngantuknye...
rasa nak je aku terjah bilik atas untuk tido...
sabar Erin...hari ni bos ko ada kat opis...
jangan buat perngai...he3...
Nak buat camna ni..
kena jalan2 lah melawat kawasan...
biar segar bugar sikit....