SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Tuesday

KuRMa

ASAL USUL POKOK KURMA

Pohon kurma (phoenix dactylifera) adalah jeni pokok palma seperti kelapa sawit yang banyak di tanam di negara ini sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan apricot kring.

Penduduk Arab menyebut kurma "Nakhla" yang bermaksud pohon kehidupan. Semua bahagian dari pohon kurma mulai dari akar buah, biji dan batangnya dapat dimanfaatkan.

Menurut ahli kaji sejarah, pohon kurma berkemungkinan besar berasal d oasis padang pasir di Afrika Utara dan juga Asia Barat.

Pokok dengan ketinggian sekitar 15-25 meter, sering kali tumbuh berkelompok dengan beberapa batang pohon yang tumbuh dari satu akar yang sama.

Terdapat pendapat menyatakan kurma berasal dari Teluk Parsi, di daerah antara lembah Sungai Nil dan Sungai Furat.

JENIS-JENIS KURMA

Menurut kajian terdapat lebih daripa 500 jenis kurma di dunia. berikut adalah nama-nama kurma yang paling terkenal dan sering dijadikan bahan pasar komersil;

Aabel, Tagyat, Tamej - Banyak terdapat di Libra

Haleema- berasal dari Hoon, Libya (haleema adalah nama seorang perempuan)

Ajwa- (nama kota kecil di Madinah) Arab Saudi, menjadi salah satu bahasa hadis Rasulullah. Juga terkenal dengan panggilan nama "Kurma Nabi".

Mgmaget ayuob-dari Hoon, Libya

Al-Barakah- dari Arab Saudi Barhee (Bahasa Arab:angin panas)- ono berbentuk silinder, warna kekuningan gading dan coklat matang jika masak, lembut dengan isi tebal dan lazat.

Bireir- berasal dari Sudan

Deglet Noor (bahasa Arab- cahaya yang menebus) atau kurma cahaya. Dinamakan demikian kerana tengahnya kelihatan bersinar keemasan jika dipancari sinar matahari. Ini adalah jenis terbanyak di tanah Arab, Amerika Syarikat dan Tunisia. Kurma ini agak kekeringan dan tidak terlalu manis.

Derrie atau 'Dayri' (disebut juga kurma 'Mongahnynastery')- Bnyk tumbuh di bahagian selatan Iraq. Bentuknya memanjang dan kehitaman. Isinya lembut.

Amir Hajj atau Amer Haji - dari Iraq, kurma ini lembut dan berkulit nipis dan daging buah tebal, kadang-kadang dinamai "duyul".

Empress- Jenis kurma yang banyak di tanam secara komersil di Colifornia, Amerika Syarikat. Ia lebih besar dari Deglet Noor, isinya lembut dan lebih manis. Ia mempunyai warna coklat muda di bahagian atas dan coklat di separuh bahagian bawah.

Fitmi atau "Alligue"- Tumbuh di pedalaman berasal dari Tunisia.

(Halawi) (bahasa Arab: Manis)- Kurma ini lembut, sangat manis ukurannya kecil dan sederhana.

Hayanee - dari Mesir, Hayanee adalah nama orang lelaki. Kurma ini berwarna merah agak hitam dan lembut.

Iteema - boleh didapat secara meluas di tanah arab.



Friday

Hammmpehh punya bebudak!!

Nak ku coretkan kisah dimana ada le 5 orang budak sekolah rendah ni yang dah kenakan aku tempoh hari dengan teka teki yang betoii memeningkan kepala aku jap tu...semasa aku bertemu diorang nie saja aku tanya tanya sekolah dimana? darjah berapa? tinggal kat mana? ..lepas tu mula lah mereka nie nak test IQ orang tua macam aku nie.......begini al kisahnya,...





Budak 1: "Pak cik saya nak beri satu teka teki kalau pak cik terror(bagus) cuba teka ..hijau campur hijau jadi warna apa???" katanya...




Aku:secara sepontan bersuara.."Hijau" (dalam hati ingatkan warna cat le??)




Budak 1."Apa le Pak cik nie. jawabnya merah le"




Aku: "macamana le pulak nie" ..(kebinggungan..)




Budak 1:"Ya..le " duit warna hijau RM5 campur duit warna hijau RM5 jadi mesti le duit warna merah RM10..apa le pak cik nie tak tahu..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Budak 2."Ok pak cik saya pulak, bunga apa warna nya hitam.."




Aku: "ha..senang sikit nie''bunga cengkih kataku"




Budak 2: "salah bunga cengkih warna cokelat kehitaman ..jawapan yang betul ialah tayar kereta..bunga die warna yang paling hitam"




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Budak 3: " Pak cik kalau burung hantu waktu siang hari dia tidur dan waktu malam hari dia jaga dan terbang cari makan' kalau le ayam di siang buat apa?"




Aku:"secara sepontan gak le jawap.."Dia berkokok le nak siang hari""




Budak 3:"Salah lagi tu..pak cik"!!, jawapan nya bila siang apa lagi dilumur dengan kunyit le ayam tu buat lauk goreng le??"""




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Budak 4: "Pak cik!! burger apa yang sentiasa suka dan riang ria""




Aku: Burger..burger apa le pulak tu tak tahu le pak cik..




Budak 4"Jawapannya ..BERGEMBIRA le""..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Budak 5: "Ok last saya punya turn lak" Pak cik tahu tak ada banyak nama benggali singh cuba pak cik sebutkan."




Aku : Ok seorang bernama Karam Singh..ada bernama Kapal Singh.ada bernama Bara Singh banyak lagi.."




Budak 5 : "Ok bagus cuba teka seorang benggali (Singh) yang boleh dan pandai bernyanyi lagu""..


Aku:"Haa. Singer Singh""jawapku.




Budak 5:"Salah le jawapan dia ialah D.J DAVE..penyanyi berbangsa singh le jugak tu cuma dia tak pakai turban je""




Aku:" apa le korang nie hampeeh betoiii le""




Semua bebudak tu ketawakan ku...




Aku: "OK le sekarang giliran pak cik nak soal ( teka teki ) korang le pulak>>"sebab korang dah sebut pasal orang singh nie giliran pak cik nak soal korang bebudak kalau terror le sangat.." Nie..Pak cik nak tanya... "siapa dia seorang singh (benggali) yang matahari..korang tahu matahari dalam bahasa inggeris "sun" kan dan dia boleh bercakap dengan orang singh nie dan siap dia boleh berborak balek dengan matahari dongak ke langit lagi????"""




selepas 5 minit kebinggungan...




Bebudak;"Entah pak cik kami dah tak tahu jawapan nya"""apa dia ya""




Aku: OK le jawapan dia ..korang mungkin tak kenal seorang singh bernama Santokh Singh... dia dulu bekas pemain bola sepak kebanggaan negara Malaysia.. haa.. dia le boleh bercakap dengan matahari tu..""



Bebudak:"macamana tu"




Aku:" Hmm cuba korang eja nama dia slow slow macam nie..Sun Talk Singh (Bukan Santokh Singh) ... bukan ke ayat dia berbunyi Matahari bercakap dengan singh...



Bebudak::"Apa le Hammpehhhh betul le..""





***Moral citenya budak sekarang lebih cepat memahami bab cite lucu dan jenaka dari serius.


Masih seperti semalam

Assalammualaikum....
selamat berpuasa untuk hari yang ke-3
aku masih seprti semalam...
masih kurang sihat...semalam aku buka beli je...
aku mmg rasa mcm x leh mkn, belilah meehon soto...
bingka ubi dan air tauhu...untuk myhubby nasi briani
dan tauhu bakar....

wah mmg rasa xcited nk makan...
tp beli masuk je dalam mulut....
allahuakbar mmg x leh makan...
sakit sangt lelangit dan gusi aku...

yg blh masuk air tauhuje...
alhamdulilah lah...ada jgk mknn yg blh dimkn...
aku rasa mcm nak ngis je, tgk juadah di PARAM...
mcm2 ada...nsb baik nafsu mkn skrang tertutp
ada jgk kebaikannye....he3...

untuk tarawikh aku masih x dapat lakukan...
baru sekali je aku buat...2 mlm aku x leh buat...
makan lg ubat penahan sakit...

Thursday

Penangan Ubat Myhubby

tulah bahananye kalau makan ubat yang bukan disyorkan oleh Doktor...
aku bukan apa ubat tu x de kesan langsung kat aku...
seharian menahan denyutan kat gusi dan tekak...

Myhubby blh syorkan ubat sakit gigi dia..
aku apa lagi dah menyalak masa ngadap rezeki...
truslah telan ubat sakit gigi dan penahan sakit...
mula2 tu masih ada denyutan sikit...
lps solat maghrib dan isyak...tgk cite duyung...
dah ok sikit...pert dah mula berbunyi minta diisi...
rasa dah blh makan sikit ni...aku makan sambal goreng...
sedapnye, nikmat tul...ambik pinggan makan bubur lak...
wah dah blh makan...hbs je aku makan...
lps tu aku blh rasa mata aku mula berair dan bengkak...
lah apasal ni...alergik ubat ke? mmg sah lah ubat laki aku ni
mmg super power...sampai sakit dan denyutan dah kurang sangt...
aku mmg x leh makan sebarangan ubat...aku sapu sikit minyak
angin kat bawah mata...sungguh gatal yer...nasib baik mata ni
dah mmg ngantuk...harap malam tu aku tido ngan nyenyak...
mmg nyenyak...sampai sahur baru terjaga...mata dah ok..tp sepet...
datang opis semua orang tegur kurang tido ke?
x pu ko nangis ke? see lain sangt muka aku kan...sembab lagi...


tgk mata aku yang bengkak dengan jayanye...
huhuhu...ujian Allah...

memerah....




p/s: moral...jangan sesekali makan
ubat yng bukan diberi oleh doktor...