SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Wednesday

Konvokesyen ke-16

Assalammualaikum...dah kelaut rasanye aku nak post n3 fresh....huhuhu....abaikanjelah luahan rasa hati ni, so baca apa aku nak cite program ari sabtu lps yang berlangsung di kompleks islam, Johor.

Aku dh mula ke kompleks islam pada hari Jumaat, temankan member nak tgk tempat, sbb dia first time jg VVIP...aku dh biasa, walaupun rasanya dah 3 kali aku skip sebagai pegawai pengiring VVIP@pakaikan jubah VVIP...rasa poyoje...hehehe...so untuk konvokesyen kali ni, ahli bod baru, sbab Menteri Besar Johor kan dah tukar...so ahli2nye mestilah orang baru...ada sikit nerves...

 
tahniah kepada para graduan...aku x sempat nk jenjalan kat dewan...
datangje terus standby kat bilik VVIP...
 

antara rakan yang bertugas dari baju pink
aishah, kak mama, mami dan kak an...


 
dari baju kuning oren, kak ina, kak roha, yg tengah tu kenal sngtkn...
siti dan shikin...lawa lak susunan orang dalam gambar...
 


 
gambar2 semua ehsan dari fb, rakan2 dan bos yg punye gmbar...
sori yer cilok tanpa ijin....yg pakai baju sama ni departmt kemahiran...
diorang bahagian pendaftaran....awal2 pagi dah bertugas....
 
 

para graduan....
 


 
ahli2 bod dan pengurusan tertinggi KPYPJ
 
 
 spatutnya majlis ni dirasmikan oleh menteri besar Johor...
tp x dapat hadir atas urusan rasmi, so
 MB minta YB Mad Jais bin Sardy untuk wakilkan beliau...
 
 
mula berarak...wa kat belakng tu...
belakng YB & CEO...poyo tu pun nak bgtau...
 
 
suasana dalam dewan...aku mengiringi VVIP smpai lagu
KPYPJ...lps tu cpt2 keluar...lapo oi....
walaupun pagi td aku dh makan roti...


 nasib baik ada lagi makanan VVIP lagi...
apalagi, kiteorang pun santp lah...
makan nasi lemak ayam goring rempah, kongsi ngan siti
 
 
 
 
 

dalam kul 10.15pg, konvo tamat,
so standby utk VVIP masuk semula ke bilik VVIP...
lunch time bersama pelajar terbaik...
 
 

YB mad Jais bersama pelajar terbaik pingat emas
aku lupa sapa nama student ni...tp bukan orang Malaysia...
Singaporian ok....4 flat tiap2 sem...
giler pandai budak ni...
 


 sambil tunggu VVIP makan...
marilah kite rehatkan kaki dikerusi voke ni...
macm menghadiri perlantikan agongje....
 
 
tahniah lagi sekali buat graduan2...
 
 
 
tahniah gak utk pelajar, aku dh dpt buku konvo...
so pelajar ni bernama Eliza Yuliana binti Zubaidy
penerima ANUGERAH PINGAT EMAS MENTERI BESAR JOHOR 2013
DALAM DIPLOMA PERBANKAN ISLAM &
SEKOLAH PENGURUSAN SAINS SOSIAL
 
 
 
ok, ini sahaja cite sabtu lps, tetiba x mood lak nak menaip...
ada keje sikit...
 
 
 



Tuesday

Senarai semak....

Assalammualaikum..jengah balik yer....my bos x de, me lak asyik kelaparan...so x nak ingt makan, marilah godek2 artikel2 yg blh dipenuhkan dalam blog ni...dh lama no x update...

SENARAI SEMAK...semak apalah yer...10q yer en google...senarai semak trismester pertama dari majalah PAMA...berguna ni untuk ibu2 yg baru hamil...





Adakah anda baru disahkan hamil? Jika ya, anda perlu membuat senarai semak perkara yang wajib dilakukan oleh wanita hamil. Semuanya demi memastikan keselamatan ibu dan bayi yang dikandung.
 
 
1.    Pastikan anda benar-benar hamil
Buat ujian kehamilan sendiri sebaik lewat datang bulan berbanding biasa.
 
2.    Buat temu janji pemeriksaan
Berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan khidmat nasihat ibu hamil.
 
3.    Pastikan semua aktiviti anda selamat
Jangan abaikan keselamatan diri anda dan bayi yang dikandung kerana anda tidak tahu tahap kekuatan diri di awal kehamilan.
 
4.    Amalkan pemakanan sihat
Loya di awal trimester memang agak sukar tetapi pastikan anda sentiasa pilih makanan yang terbaik.
 
5.    Minum air
Ketika hamil, anda memerlukan enam hingga alpan gelas cecair setiap hari.
 
6.    Tidur awal
Anda mungkin berasa cepat letih berbanding biasa. Jadi, lebih baik tidur awal.
 
7.    Pilih masa sesuai untuk umumkan kehamilan
Ada wanita yang teruja untuk berkongsi kegembiraan tetapi ada juga yang hendak melepaskan trimester pertama sebelum berkongsi berita gembira. Semuanya terpulang kepada anda.
 
8.    Jangan lupa vitamin prenatal
Suplemen asid folik sangat penting pada trimester pertama. Ia mengurangkan risiko kecacatan tiub neural.
 
9.    Pilih doktor
Bertanyalah dengan kawan-kawan, saudara mengenai pemilihan doktor sakit puan anda.
 
10.Pastikan ubat anda selamat
Jangan sembarangan memakan ubat tanpa nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.
 
11.Penuhkan dapur dengan makanan sihat
Pastikan pantry, kabinet dapur dan peti ais anda dipenuhi makanan mesra kehamilan.
 
12.Pelajari tanda-tanda komplikasi kehamilan
Rajin-rajinlah membaca buku, majalah dan laman web mengenai kehamilan.
 
13.Beli coli dan seluar dalam baru
Coli dan seluar dalam khas ibu hamil memang lebih selesa ketika ini.
 
14.Buat bajet bayi
Anda sudah boleh mula mencongak perbelanjaan menyambut kelahiran bayi.
 
15.Teruskan hubungan seks jika berkeinginan
Anda mungkin berasa terlalu penat, moody atau letih untuk melakukan hubungan intim dengan suami. Tetapi jika anda berkeinginan, teruskan kerana seks ketika hamil adalah selamat.



okeh...ado gak n3....