SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Showing posts with label maklumat. Show all posts
Showing posts with label maklumat. Show all posts

Thursday

TaPaK TaNgAn GaTaL

Biasa tak dengar orang tua-tua kata kalau tapak tangan gatal tandanya nak terima atau keluar duit??
Betul ker??

Disini saya kongsikan sedikit pengalaman saya:
Hebatnya Allah SWT memberi isyarat awal kepada tubuh badan kita bila hendak berlaku sesuatu perkara dalam hidup kita.

1. Tangan Kanan
Apa yang pernah saya alami dan saya sedari selama ini, bila tapak tangan sebelah kanan tiba-tiba rasa gatal tanpa ada sebab, maknanya kita bakal menerima duit yang kita tidak sangka. 

2. Tangan Kiri
Bila tiba-tiba tapak tangan kiri gatal pula, bermakna ada rezeki (duit) yang terpaksa kita keluarkan sama ada membayar denda dan sebagainya.

3. Mata Kanan
Biasanya bila saudara jauh yang dah lama tak jumpa nak balik kampung atau kawan lama yang dah lama tak berjumpa tetapi tiba-tiba terserempak dimana-mana, bawah mata saya akan bergerak-gerak. Makin dekat hari nak berjumpa makin kuat bergerak secara spontan. Bila dah berjumpa, dah tidak bergerak-gerak.. (Bergerak-gerak bukan berkelip banyak kali tau.. Kulit bawah mata bergetar-getar sendiri.)


4. Mata Kiri
Yang ini saya sedar berlaku sebelum arwah datuk saya meninggal dunia. Ketika itu saya di matrikulasi. Selama ini tidak pernah-pernah mata sebelah kiri saya bergetar dengan kuat sendiri. Tapi pada hari tersebut, sebelah pagi mata kiri saya kuat bergetar sehingga saya dapat panggilan dari rumah memaklumkan datuk sakit kuat. Saya sempat balik melihat arwah atuk sebelum beliau meninggal.
Itu antara tanda-tanda dari tubuh kita bila hendak berlaku sesuatu disekeliling kita yang saya alami. Mungkin ianya secara kebetulan bagi setengah-setengah orang.

Atau rakan-rakan juga pernah alami pengalaman ini. Boleh share bersama. Sekian.



p/s: copy paste orang punya, sbnarnya aku dari semalam, jap2 tangan kanan gatal, jap2 tangan kiri....tp lom lagi dapat duit or keluar duit, kl setakat sarapan tu adalah...x kan lah tu dikira gakkan....tp x pelah kl masuk duit alhamdulilah...kl keluar duit pun x kisah....



Saturday

Clorets Infinity


sungguh bahaya sekarang ni....nilah dakyah orang kafir...
sengajaje letak lambang salib kat kotak gula2 ni...
aku lom pernah belilah lagi clorets jenis ni...
yang biasa tu adalah...
tu pun x tau yer halal ke x...adui hai...
kalau nak baca lebih lanjut boleh ke laman web SINI

Thursday

sambungan tips untuk kekal cantik...

Tips ke-7
ELAKKAN BERMEKAP TEBAL
Wanita 30an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

yang ni aku ikut, foundation pun x tebal..sbb nk jimat...mahal beb...aku leh pakai sampai setahun...ha3...lipstik pun x suka merah..suka warna orange dan pink...kalau blh nk pakai lip gloss je...tp bibir aku gelap...x sesuai...nnti orang ckp aku mcm baru lps romen...ha sapa nk jawab...


Tips ke-8
POSITIF, CERIA & SELALU BERSAMA YANG TERSAYANG
Wanita 30an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

mmg betulah...bila bersama orang tersayang muka kite akan bersiri je...manis sentiasa je...orang tgk kite pun ada aura...ha3 perasan...yang pasti myhubby buat aku ceria sentiasa...gaduh skit2 biasalah...baru syok..asam garam umah tanggakan...


p/s: oklah...nijelah tips yang diorang bagi
agar kite sentiasa muda belia....renung2 kan
selamat beramal

Tip-tip kesihatan & kecantikan wanita 30-an

Assalammualaikum...
td aku godek2, selak menyelak dalam kete opis...
terjumpalah atikel lama dari paper metro...
terkenangkan usia pun lgi 2 tahun nak masuk 30...
kenalah baca untuk kecantikan....he3
berkongsi tips2 supaya kite sentiasa kekal muda dan cantik..
ahaks...he3


tip pertama...
KAWAL PEMAKANAN
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan...

huhuhu...ni yag susah ni...aku ni dah lah kuat makan...

kena kwal2 lak...sayur, buah2an pun jarang makan...
kalau betul2 teringin barulah gi beli buah...
mcm tu sekali kan...



tips kedua...
GUNA PELEMBAB YANG SESUAI
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangt diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit masing2. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama mahal dan popular tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

ni betullah...aku pakai jenama yang murah je...x lah jejak lbh dari RM50...
oklah sesuai ngan gaji aku...kl pakai mahal2 lbh dari gaji..takut pakai beberapa bulan lps tu x mampu nk beli...huhuhu...haru biru nnti...sekarang ni aku pakai krim olay je, yang ada pelembab sekali, pencuci muka-sabun papaya...jimat..blh belah 4 lagi..sebulan seketul...he3...lps tu malam pakai bedak sejuk...ikut kerajinan..kalau pakai sll kulit jadik kering, kata mak cik aku pakai bedak sejuk ni nmpak kite kekal muda...wah lps ni aku nak oder kat langkawi punya bedak sejuk...he3...


tips ke-3
CUBA ELAKKAN DARI PANCARAN MATAHARI
Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangka masa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

yang ni pun aku rasa nk pakai payung bila jalan kat luar mmg x delh...setakat kedai depan opis, xkuasa hai nk bawak pyung, redah dgn selambaje...alang hujan pun aku malas nk bwak payung, apatah lagi panas terik...ha3..tp kalau terik sangt aku mmg x keluar opis lah, bukan sebb muka, sbb x tahan peluh...tu yag x suka sebenarnya...nnti buat aku migrain...tu lagi susah...aku x suka pening o...



tips ke-4
SENTIASA BERSENAM
Bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan. Patikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

waduh...ni mmg susah sekali, kat opis biro wanita buat 2 minggu sekali pun aku susah nak atten, apatah 3x seminggu...susah betul nk disiplin kan diri..padahal kat umah aku tu depan umah padang..bukan x leh joging, basikal pun ada...tu pun dah sampai berkarat sbb x guna...taman besar pun aku dah lama x gi dah 3 tahun dah rasanye...kalau dulu, baru2 kawin tiap2 minggu gi taman, berbasikal, main badminton..lps tu roti sardin satu...ha3...



tips ke-5
MINUM BANYAK AIR
Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka.Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

patutlah kulit muka aku, lps ambil air sembahyang je..mst kering...lps tu aku ni jenis susah nk buang air...minum air pun x lah sampai 1000 liter..lps ni kena minum air bnyak lh...masalahnye bukan apa, mst lps minum asyik nk membesehje...tu yang malas nk minum banyak2 air...


tisp ke-6
MAKANAN TAMBAHAN
Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

bukan nak cakap apalah...aku ni, walau pun ubat tu dah ada atas meja solek siap ngan air..aku blh pandang sebelah mata je...mcm x de perasaan nk telan ubat...ni apatah lagi vitamin...buat koleksi jelah agaknye...sikap ni kena ubah...  
 
 
 
p/s: ada lagi 2 tips...memandangkan cuaca panas...
aku dah nk rasa migrain...kat opis ni pun panas...
adoi hai nak pensan...nak cari tempat sejuk....
huhuhuhu...sambung entry berikutnye nnti...tunggu...

Sunday

12 Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat

Assalammualaikum
Pagi2 aku dah bukak facebook..
maklumlah aku ni jarang nk tido balik lps solat...
tp kalau betul2 letih barulah aku sambung tido...

Berbalik pada facebook, aku tertarik
dengan satu artikel dalam facebook ni
tentang 12 barisan manusia menuju ke akhirat
tima kasih lah pada yang post entry ni...

so aku nak kongsilah sekali ngan bloger2 yang lain...
semoga ia menjadi panduan dalam kehidupan seharian kite

Barisan pertama: 
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : 
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". 
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka". 

Barisan ke-2: 
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah 
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." 
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu. 

Barisan ke-3: 
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking 
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. 
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka. 

Barisan ke-4: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut 
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal. 

Barisan ke-5: 
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar 
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka. 

Barisan ke-6: 
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu. 

Barisan ke-7: 
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran. 

Barisan ke-8: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina. 
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka". 

Barisan ke-9: 
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya. 

Barisan ke-10
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya. 

Barisan ke-11: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. 
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya. 

Barisan ke-12
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. 
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. 
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. 
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T" 


BACALAH YASSIN 

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: 
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu: 
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang. 
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. 
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. 
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 
5. Jika terpenjara akan dibebaskan. 
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. 
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. 
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. 
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. 
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. 
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. 
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya". 
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil. 
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik. 

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain. 

Untuk renungan semua, 

Siapakah orang yang sibuk ? 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 
Siapakah orang yang manis senyumannya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 
Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 
Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta. 
Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. 
Siapakah orang yang paling cantik? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. 
Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka. 

Siapakah org yg KEDEKUT ? 
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...







Thursday

Sah Mandi Wajib

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum, 
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. 

Mandi wajib yg betul….. 
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. 

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. 

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. 

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur . 

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. 
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. 
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” 
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” 

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. 
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. 

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. 

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. 

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. 

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. 

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. 
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. 

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. 

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. 

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. 

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) . 

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. 
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh. 

Panduan Tambahan 
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a. 

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a. 

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). 
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ). 

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. 

Rahsia 13 
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. 

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” 
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Tuesday

KuRMa

ASAL USUL POKOK KURMA

Pohon kurma (phoenix dactylifera) adalah jeni pokok palma seperti kelapa sawit yang banyak di tanam di negara ini sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan apricot kring.

Penduduk Arab menyebut kurma "Nakhla" yang bermaksud pohon kehidupan. Semua bahagian dari pohon kurma mulai dari akar buah, biji dan batangnya dapat dimanfaatkan.

Menurut ahli kaji sejarah, pohon kurma berkemungkinan besar berasal d oasis padang pasir di Afrika Utara dan juga Asia Barat.

Pokok dengan ketinggian sekitar 15-25 meter, sering kali tumbuh berkelompok dengan beberapa batang pohon yang tumbuh dari satu akar yang sama.

Terdapat pendapat menyatakan kurma berasal dari Teluk Parsi, di daerah antara lembah Sungai Nil dan Sungai Furat.

JENIS-JENIS KURMA

Menurut kajian terdapat lebih daripa 500 jenis kurma di dunia. berikut adalah nama-nama kurma yang paling terkenal dan sering dijadikan bahan pasar komersil;

Aabel, Tagyat, Tamej - Banyak terdapat di Libra

Haleema- berasal dari Hoon, Libya (haleema adalah nama seorang perempuan)

Ajwa- (nama kota kecil di Madinah) Arab Saudi, menjadi salah satu bahasa hadis Rasulullah. Juga terkenal dengan panggilan nama "Kurma Nabi".

Mgmaget ayuob-dari Hoon, Libya

Al-Barakah- dari Arab Saudi Barhee (Bahasa Arab:angin panas)- ono berbentuk silinder, warna kekuningan gading dan coklat matang jika masak, lembut dengan isi tebal dan lazat.

Bireir- berasal dari Sudan

Deglet Noor (bahasa Arab- cahaya yang menebus) atau kurma cahaya. Dinamakan demikian kerana tengahnya kelihatan bersinar keemasan jika dipancari sinar matahari. Ini adalah jenis terbanyak di tanah Arab, Amerika Syarikat dan Tunisia. Kurma ini agak kekeringan dan tidak terlalu manis.

Derrie atau 'Dayri' (disebut juga kurma 'Mongahnynastery')- Bnyk tumbuh di bahagian selatan Iraq. Bentuknya memanjang dan kehitaman. Isinya lembut.

Amir Hajj atau Amer Haji - dari Iraq, kurma ini lembut dan berkulit nipis dan daging buah tebal, kadang-kadang dinamai "duyul".

Empress- Jenis kurma yang banyak di tanam secara komersil di Colifornia, Amerika Syarikat. Ia lebih besar dari Deglet Noor, isinya lembut dan lebih manis. Ia mempunyai warna coklat muda di bahagian atas dan coklat di separuh bahagian bawah.

Fitmi atau "Alligue"- Tumbuh di pedalaman berasal dari Tunisia.

(Halawi) (bahasa Arab: Manis)- Kurma ini lembut, sangat manis ukurannya kecil dan sederhana.

Hayanee - dari Mesir, Hayanee adalah nama orang lelaki. Kurma ini berwarna merah agak hitam dan lembut.

Iteema - boleh didapat secara meluas di tanah arab.



Kehilangan yang cukup besar....

Assalammualaikum...

Selamat pagi...selamat memulakan kerja dengan ceria...jangan stress2 tau....
Hari Ahad lps seorang staf dari Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya...satu kehilangan besar buat KPYPJ...mendiang Pak Awi adalah orang asli yang bekerja di KPYPJ sebagai jurulatih...dan dikenali jgk sebagai profesor hutan....mmg terasa kehilangan....semalam hampir semua staf melawat mendiang di perkampungan orang asli kluang...


nilah gambar yang aku cilok dari FB Haris...
Pak Awi yang digelkar orang kuat...
sori yer ris...ambik tanpa kebenaran...


Memandangkan Pak Awi adalah orang asli...masing2 xcited nak tgk cara pengebumian mendiang...so aku x gi... x dapatlah nak menceritakan... ni pun aku dgr dari kawan2 yg gi...tp yang pasti mendiang dimandikan, dipakaikan kain putih dijahit menjdi baju dan seluar....kalau orang Islam kite cium dahi...tp bagi masyarakat orang asli ahli keluarga mencium kaki... mereka juga bekalkan makanan, dan barang2 yang pernah digunakan oleh mendiang... kalau salah...ampun dipinta....