SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Showing posts with label BuDaYa ilmu. Show all posts
Showing posts with label BuDaYa ilmu. Show all posts

Friday

See...sensorangje aku duk sini

Huhuhu...pagi tadi seperti biasalah opis aku, pepagi setiap Jumaat ada Majlis Bacaan AL-Quran...aku ni mcm biasalah mesti antara orang terawal...yelah sbb aku dapat tempat duduk...itu kalau ngaji kat bilik meetinglah...kalau ngaji kat opis BLKR kat tingkat 4...x kisah nak duk mana2 sbb atas tikar kan...bnyk lagi ruang kosong...x yah nak rebut2...


rasanye aku mcm dah trun lambat, jam 8pglah...nak jadik orang terawal kan...tp mmg terawal lah...aku sorangje dalam bilik meeting tu... aku msg kak zaidah suh gi tingkat 1, ngaji..sbb tingkat 4 nak susun meja kerusi utk kursus minggu depan...



see...aku sensorangkan....x de orang lagi...2 3 minit 
leh aku bertahan kat sini...last2 aku cabut naik atas...
mcm2 cite skrang dgr..kan x pasal2 orang lain lak yg masuk ngaji...
solilah gambar sengt lak...





barulah ada orang.....tp x ramai...sbb ramai bercuti...
esk xmas kan....




minggu ni tiba giliran Bisnes....unit aku lah tu...
so aku suh unit Tadika dulu...baru lah minggu depan 
kite orang handle....yang baju merah x pakai songkok pengerusi majlis...
baju coklat pembaca, dan baju purple pink penterjemahan.....


aku dan BLKR minggu depan...sapa aku nak suh ni....
asyik muka aku je.....




bersama kakak sayang....comel
terbalik lagi gambar...


Sunday

12 Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat

Assalammualaikum
Pagi2 aku dah bukak facebook..
maklumlah aku ni jarang nk tido balik lps solat...
tp kalau betul2 letih barulah aku sambung tido...

Berbalik pada facebook, aku tertarik
dengan satu artikel dalam facebook ni
tentang 12 barisan manusia menuju ke akhirat
tima kasih lah pada yang post entry ni...

so aku nak kongsilah sekali ngan bloger2 yang lain...
semoga ia menjadi panduan dalam kehidupan seharian kite

Barisan pertama: 
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : 
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". 
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka". 

Barisan ke-2: 
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah 
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." 
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu. 

Barisan ke-3: 
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking 
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. 
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka. 

Barisan ke-4: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut 
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal. 

Barisan ke-5: 
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar 
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka. 

Barisan ke-6: 
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu. 

Barisan ke-7: 
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran. 

Barisan ke-8: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina. 
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka". 

Barisan ke-9: 
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya. 

Barisan ke-10
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya. 

Barisan ke-11: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. 
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya. 

Barisan ke-12
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. 
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. 
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. 
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T" 


BACALAH YASSIN 

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: 
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu: 
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang. 
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. 
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. 
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 
5. Jika terpenjara akan dibebaskan. 
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. 
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. 
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. 
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. 
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. 
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. 
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya". 
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil. 
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik. 

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain. 

Untuk renungan semua, 

Siapakah orang yang sibuk ? 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 
Siapakah orang yang manis senyumannya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 
Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 
Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta. 
Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. 
Siapakah orang yang paling cantik? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. 
Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka. 

Siapakah org yg KEDEKUT ? 
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...







Monday

99


RENUNG-RENUNGKAN....
SELAMAT BERAMAL....

3 Jenis Golongan Manusia

Apabila 3 jenis golongan manusia ditanya? mereka menjawab?.

 
Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu??
 
X : Sudah tentu? solat itu tiang agama dan berdosa jika kita meninggalkannya.
Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tp ikot mood le..
Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah?

 
Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan??
 
X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana Allah..
Y : Ofcoz la posa? malu la kat orang kalau tak posa.. tak posa takleh raya.
Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??

 
Soalan3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung??
 
X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding lah..
Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham aku?

 
Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki??
 
X: Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau..
Y : Antara pusat n ketiak kot? tak pasti..
Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n bulu peha panjang kalau tak tayang??

 
Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit??
 
X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri & Islam.
Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak.so tpaksa pinjam baju adik
Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik..

 
Soalan6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak??
 
X : Haram? batal wuduk.. bukan mahram so jangan le..
Y : Ala? stakat salam tu takpe lah
Z : Open la sket.. ape guna ade kapel kalau tak leh sentuh?? Stakat pegang tu takpe la.


 
Soalan7 : Kalau anda menerima mesej berbentuk dakwah dalam email, apa yg
anda buat??
 
X : InsyaAllah saya akan forward kat teman2. sekurang2nya ade gak usaha dlm berdakwah.
Y : Bace pun tak.. forward ape hal..
Z :Delete terus!!


APA PERLU KOORANG BUAT??????
 

Sunday

Waktu yang diharamkan solat...



1. waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh kertika matahari baru naik ke langit subuh from 5:35am to 7:05am + 28mins = 7.33am.Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasullullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org menyembah
matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7am dan ingin mengqadakan solat subuh,
kita harus melepasi watu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembang iaitu matahari berada tegak diatas kepala apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. waktu inilah api neraka sedang bergelegak & syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dlm 5-10mins sebelum
waktu zohor.

waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan i.e 20mins selepas azan. pahala yg besar diberikan pd org2 yg menghormati & tidak melangahkan waktu solat. kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam sesudah azan hingga 10:30pm 

Wallahualam.








Saturday

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki 
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3. Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4. Lelaki yang tenang dan lapang dada

5. Lelaki yang baik sangka

6. Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan
Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. 





Kegagahan Wanita 
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:- 

1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan
yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
 




Tuesday

Soalan JIBRAIL kepada KERBAU, KELAWAR, CACING

Pada suatu hari, Allah SWT memerintahkan malaikat Jibrail menemui seekor kerbau dan memintanya bertanyakan satu soalan kepada haiwan berkenaan. Jibrail segera mematuhi perintah itu.

Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibrail mendekatinya lalu bertanya "hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan Allah SWT sebagai seekor kerbau". Kerbau menjawab: "Masya Allah! Alhamdulilah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan aku seekor kerbau. Ini sangt berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.



Mendengar jawapan itu, Jibrail segera pergi menemui seekor kelawar yang ketika itu sedang tidur berantungan di dalam sebuah gua.

Kemudian Jibrail bertanya: "hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar,: Masya Allah! Alhamdulilah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada menjadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah dan berjalan menggunakan perutnya." jawab si kelawar.




Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibrail segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Lalu Jibrail bertanya kepada si cacing: "Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing."



Si cacing menjawab: " Masya Allah, Alhamdulilah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagi seekor cacing daripa menjadikan aku sebagai seorang manusia.

Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya..... Nauzubillah...



P/S: Sumber daripada  METRO Ahad
23 Mei 2010



Monday

TaG AnLeNe


aku nak tanya koorang sekali berapa kali koorang minum susu...
xkiralah susu marigoldke, anlene ke....atau sebagainyelah
adakah 1 hari sekali, 2 x hari, 3 x hari
4 x hari @ x minum sekali pun...aku nak taglah...

boleh tag kat kawan2 yng lain...jawab ye berapa kali sehari minum anlene...
lepas tu cite sikit koorang suka minum anlene ke x...

sebenarnya hari ahad hari tu aku ke care4...
beli barang dapur...tgk ada promotion anlene...
yang air kotaklah...rasanya RM5+ lupalah berapa harganye...
kalau ambik 2 promosi RM10+...
aku ambik yang coklat, sbb aku bukanlah penggemar susu,
mmg susah nak masuk kat tekak aku ni...
memandangkan aku ni dah tua...nak masuk 30 dalam 2 tahun lagi..
jadik kenalah berjaga, takut tulang rapuh sebelumnya....




ni dia...dalam pek ni ada 4 kotak...
kena minum 2 kotak satu hari...



nyum3 sedap gak...
tp aku takut lepas ni x leh nak membuang ni...
mcm mana ni...huhuhu...




Ni adalah gambarajah
TULANG RAPUH

-tulang kita diperbaharui sepnuhnya setiap sepuluh tahun
-Tulang manusia adalah 4 kali lebih kuat berbanding konkrit




Nilah adalah gambarajah
TULANG KUAT


Rangka badan manusia terdiri daripada  lebih 206 tulang. Tulang membentuk struktur dan memberi sokongan supaya badan kita boleh berdiri tegak, membolehkan kita bergerak dan juga melindungi organ dalaman (seperti jantung dan paru-paru). Ia juga menyimpan 99% daripada kandungan kalsium dalam badan kita. Oleh kerana tulang memainkan pelbgai peranan penting, adalah penting untuk kita memeliharanya supaya ia kekal kuat dan sihat.





DARIPADA USIA 30 TAHUN, TULANG ANDA BOLEH MULA MEROSOT!
YA- Jisim tulang yang berkurangan tidak dapat dikembalikan

Ketika kita muda, proses pembinaan semula tulang menyebabkan lebih banyak tisu tulang dibentuk. Apabila kita mencapai usia 20an atau 30an, jisim tulang kita mencapai kemuncaknya.

Semakin usia kita meningkat, lebih banyak jisim tulang akan berkurangan kerana aktiviti penguraian melebihi aktiviti pembentukan semula.

Jika ini berterusajn, tulang boleh menjadi lemah dan keretakan tulang mungin berlaku.


OSTEOPOROSIS

adalah sejenis penyakit yang menyebabkan tulang anda menjadi lemah dan rapuh, terutamanya di pergelangan tangan, pinggul dan tulang belakang, menjadikannya mudah patah. Kemerosotan tulang berlaku secara perlahan-lahan, tidak menyakitkan dan tidak menunjukkan sebarang simptom. Mereka yang mengalami osteoporosis hanya menyedarinya setelah mengalami kepatahan tulang.


CARA-CARA MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT

Pemakanan yang seimbang
Pengambilan nutrien tulang yang secukupnya seperti kalsium dan vitamin d dalam diet anda amat penting. Susu merupakan salah satu sumber baik kerana ia membekalkan anda dengan nutrien penting yang lain seperti protein, magnesium dan zink

Senaman
Tulang kita boleh menjadi semakin kuat dengan senaman, seperti berjalan, berlari, lompat tali, menaiki tangga, joging dan menari

Gaya Hidup Sihat
Elakkan merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan. Ia boleh mengurangkan kandungan kalsium dan mineral dalam tulang, menjadikan lemah dan mudah patah.




p/s: sumber dari pemplet Anlene
Lindugi Kekuatan Tulang Dalam 4 Minggu

Thursday

TeLuR MaNfAaT @ MuDaRaT

Sering kita dengar bahawa telur ayam merupakan suatu makanan yang tidak sihat. Sebenarnya, telur merupakan salah satudaripada sumber makanan lengkap dan mengandungi pelbagai jenis nutrien yang penting untuk tubuh kita. Selain itu, telur jugamenjadi pilihan utaa manusia sejak berabad lamanya keranamudah disediakan. Telur boleh dimakan secara mentah atau separuh masak. Telur merupakan sumber protien yang terbaik kerana mengandungi kesemua 8 jenis asid amino yang diperlukan oleh manusia, mudah dicerna dan diserap olehtubuh dan protein telur juga mampu mengubah protein daripada sumber makanan lain supaya lebih berguna kepada tubuh badan kita. Terdapat kajian yang dilakukan dan menunjukkan telur ayam bukan punca sebenar penyakit koronari jantung. Salah satu kajian telah dilakukan olehPersatuan Perubatan Amerika menunjukkan bahawa tiada kaitan antara pengambilan telur dengan penyakit jantung. Mereka menjalankan ke atas sukarelawan yang mengabil hanya sebiji telur sehari dan sukarelawan lain yang mengambil telur melebihi sebiji sehari. Hasilnya, tiada perbezaan risiko penyakit jantung bagiu kedua-dua sukarelawan tersebut.



p/s: Sumber dari Perancangan Eksekutif Islam 1430H



Wednesday

BaLaS BuDi MeLaLuI DoA


Dalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak terlepas daripada tuntutan untuk berbudi dan merima budi daripada orang lain. Sama ada di rumah, pejabat atau kejiranan, kita saling bergantung,antara satu sama lain dan mahu tidak mahu harus belajar untukmenabur budi menerima budi dan menghargai budi yang diberikan orang lain.


Berbudi tida semestinya dengan wang ringgit dan harta benda.Tatapi budi juga boleh diberikan dalam bentuk tunjuk ajar, nasihat, pengajaran, sokongan dan amalan baik.


Membalas budi pula tidak semestinya dengan menabur kebaikan yang sama. Tetapi memadai juga jika membalas kebaikan yang diterima dengan mendoakan kebaikan untuk si budiman tersebut. Demikianlah yang dikatakan, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.


Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak berdaya membalasnya maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan (orang yang berbuat baik) lagi mengasihi orang yang bersyukur." Riwiyat Tabrani


p/s: setiap kebaikan yang kite beri
janganlah kite mengharapkan balasan...
ikhlaskanlah jiwa kite..sucikanlah hati kite...



Friday

WaHaI KaUm WaNiTa

Hadis Abdullah bin Umar r.a
Rasulluah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkan istighfar, iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka.


Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni NERAKA?


Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu.


Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?


Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua org wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan ramadan kerana haid. Maka inilah dikatakan kekurangan agama.


Hais Sahih Muslim...

RuMaH yAnG TIDAK DiMaSuKi SYAITAN

  • Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah
  • Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah
  • Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap jujur dan memenuhi janji
  • Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga pemakanan dan hanya mengambil yang halal
  • Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan tali siratulrahim
  • Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya
  • Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang soleh dan solehah serta saling memahami, bekerjasama dan bertolak ansur
  • Rumah yang penghuninya penuh dengan kecintaan dan ketaatan kepada Allah
  • Rumah yang penghuninya masing-masing dapat menjaga adab dan rahsia
  • Rumah yang penghuninya tidak melakukan atau mengerjakan perkara-perkara haram
  • Rumah yang penghuninya sentiasa memelihara dan menjaga daripada melakukan perbuatan bid'ah
  • Rumah yang penghuninya sentiasa merendahkan diri kepada Allah
  • Rumah yang penghuninya penuh dengan suasana salam dan meminta izin
  • Rumah yang penghuninya saling bermaafan antara satu sama lain
  • Rumah yang penghuninya senitiasa mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan tercela
  • Rumah yang penghuninya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah

Tuesday

4 Golongan Yang Ditarik Wanita

Sewaktu di yaumal akhirat wanita akan menarik bersama-sama empat golongan lelaki ke dalam neraka. Na'uzubillah, artikel ini bukan utuk memperkecilkan wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggunjawab yang harus dilakukan terhdap wanita




PERTAMA-AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah yang tidak memperdulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tetapi memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anak perempuannya.



KEDUA-SUAMINYA
Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas di pejabat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh dan puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.



KETIGA-ABANG-ABANGNYA
Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab manjaga maruah wanita, iaitu ibu dan adik perempuan jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya dan adik perempuannya dibiar melencong daripada ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.



KEEMPAT-ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, apabila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya.



Hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/ abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan.



Maksud Firman Allah
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu dan ahlimu daripada api neraka di mana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."


Untuk kaum wanita kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang dan anak-anak lelaki anda. Kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.

keLEBIHan WANITA

Assalammualaikum...
Sementara bos aku x bagi keje lagi...
Eloklah aku menaipkan tatapan ilmu untuk koorng...
So, kali ni aku nak kongsi imu tentang KELEBIHAN WANITA....
Harap menjadi panduan untuk koorang....AMIN....


  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  • Seorang wanita soleha adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  • Seorang wanita jahat adalah lebih buruk darpd 1000 lelaki yang jahat.
  • Dua rakaat solat daripada wanita hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
  • Wanita yang memberi minum susu daripada badannya kepada anaknya, akan mendapat satu pahala daripada tiap2 titik susu yang diberikan kepadanya.
  • Jika wanita melayan dengan baik suaminya yang baru pulang ke rumah dalam keadaan letih, akan mendapat pahala jihat.
  • Jika wanita menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Jika wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami melihat isterinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  • Jika wanita menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya, akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjd ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, serta menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada yakut.
  • Jika wanita tidak cukup tidur pada waktu malam kerana menjaga anak yang sakit, akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan apabila dia hiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  • Wanita yang perah susu binatang dengan lafaz "bismillah" binatang itu akan mendoakannya itu dengan doa keberkatan.
  • Wanita yang menguli tepung gandum dgn lafaz "bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya.
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti mnyapu lantai di Baitullah
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana2 pintu yang dia suka.
  • Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita mati dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahal 12 tahun solat.
  • Jika wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami apabila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredaan suaminya akan memasuki syurga.
  • Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberkati auratnya, iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

TaNda JauH DaRi ALLAH





KUALA LUMPUR: Wanita pemarah yang gagal mengawal tahap emosinya, terutama di khalayak umum adalah gambaran wanita yang sudah hilang sifat pemalunya sekali gus kurang keyakinan kepada Tuhan.

Presiden Persatuan Wanita Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rubiah K Hamzah, berkata Nabi Muhammad SAW pernah bersabda apabila wanita semakin hilang rasa malunya, menunjukkan tanda dunia semakin menghampiri akhir zaman. Katanya, ini kerana Allah SWT sudah mengurniakan sifat pemalu dalam diri setiap wanita tidak kira remaja mahupun anak perempuan sebagai pendinding yang akhirnya membimbing mereka menjadi muslimah sejati serta menjaga perlakuan. “Jika seseorang wanita itu gagal mengawal nafsu marah apatah lagi boleh mengamuk di tempat umum, bermakna dia sendiri sudah semakin pupus sifat pemalunya, gambaran kepada didikan yang tidak sempurna yang akhirnya menandakan masyarakat semakin runtuh. “Dalam Islam, wanita dijadikan pemalu. Marah pula memang perkara biasa tapi jangan lupa ia juga tanda jauhnya hubungan dengan Allah dan kesucian dalam hati itu sudah sangat sedikit. “Kita sepatutnya bijak mengawal marah dan ia sebenarnya boleh dikawal dengan air wuduk dan bersujud lama ketika bersolat. Masalahnya, ramai orang tidak mampu mengawal marah, juga tidak bijak melepaskannya dalam bentuk baik,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai seorang gadis sanggup membelasah teman lelakinya selepas dia dikatakan tiba-tiba naik angin dan mengamuk dengan memaki serta memukul mangsa di depan khalayak. Tindakan gadis itu timbul selepas dia didakwa berang dengan teguran dan nasihat teman lelakinya yang juga seorang penghantar surat berusia 20-an ketika mereka bertemu di pusat beli-belah di Putrajaya, Rabu lalu. Wanita terbabit turut bertindak biadap apabila mengugut mengupah rakannya supaya merogol ibu dan adik perempuan mangsa. Takut dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan polis.





Monday

Untuk kaum SUAMI

Salam semua, Sekiranya ada kebenaran dari apa yang di nyatakan di bawah simpan untuk ingatan dan jadikan panduan demi kebaikan rumah tangga...Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang
dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

5. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.I thought wives are only supposed to provide that service, bukannyajaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!


6. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

7. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

8. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan beda semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

9. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggokbelum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

10. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

11. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

12. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

13. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

14. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunyaperempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

15. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat kena nk buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

16. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

17. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteripun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

18. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi takboleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

19. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?Jiran sebelah rumah awak?

20. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

21. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

22. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

23. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

24. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dankaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.





Allah s.w.t. berfirman"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

HaKiKaT perNIKAHan

Hakikat pernikahan , hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan ? cuba kita lihat ... dan manakah pilihan kita ???


-Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar
jika servis di kamar tidur tidak memuaskan

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar
jika bankrup

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika
rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari
alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak

-Jika hakikat pernikahan adalah ! kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari
jika orang berubah tingkah lakunya

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai
pasti MATI / PERGI

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya
ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA . Dan
ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka
tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali
jika pasangan mendurhakai ALLAH


*** Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati .

Insyaallah .. ..

Thursday

Tips Mengelakkan Ngantuk...

Rasa mengantuk ketika di pejabat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyang dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. Terdapat beberapa tip yang boleh anda praktiskan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.




1) Hampiri kawasan bercahaya
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar sektika.
*tempat aku ni cahayanye dah terlebih terang...tp tetap ngantuk




2) Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. Tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.
*rasanye aku tunggu nak gi solat baru basuh muka...mmg segar lps tu...
3) Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai 'mint' dan lemon.
*wangian mmg dah ada kat atas meja aku...tp x memberi kesan pun...






4) Dengar MuzikMuzik
juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.
*tempat aku ni...speakernye bengong....kejap blh kejap idak...tumpang dgr lagu orgje...




5) Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di samping itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. Sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula.
*nilah yang malas aku nak buat...badan aku ni mmg lemau nak buat...aku pun bukan jenis yang suka bersenam...






6) Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.
*manalah ada opis aku ni pepohon hijau...batujelah yang aku pandang...kalau ada pun pokok bunga kat tepi opis ni...
p/s: ada cara lain x....?
aku rasa ada satu cara ni dah berkesan...
berblogging...taip entry baru...
trus hilang ngantuk...
kalau x de idea jap lagi...
konfrm lah rasa ngantuk lagi....

Wednesday

Tanda Manusia Akan Mendapat Bahagia



TANDA TANDA MANUSIA AKAN MENDAPATKAN BAHAGIA / SELAMAT:

- Harus niat mencari kekayaan didunia untuk menjadikan bahagia dunia akhirat

- Harus mempunyai cita cita hidup akan beribadah / nikmat membaca Al-Quran
-Harus mengurangkan bercakap melainkan yang diperlukan dengan cakap yang benar
-Harus benar benar menjaga solat 5 waktu dengan ilmunya dan awal waktunya
-Harus (War'o) dalam bercakap,usaha,makan,minuman-dari usaha yang halal dan jauhkan dari hal-hal yang haram / subhat
-Harus berteman dengan manusia yang ahli ibadah yang soleh
-Harus Tawaduk rendah diri,ramah,sopan santun,jangan takabur / sombong
-Harus dermawan / suka menolong kebaikan

-Harus sayang terhadap sesama makhluk tuhan
-Harus saling memanfaatkan dengan sesama makhluk Tuhan -manusia,haiwan,tanaman
-Harus selalu ingat bahawa dirinya akan mati,maka dari itu,nyatalah giat beribadah dan tidak jadi maksiat

Rahsia Tarikh Lahir Dalam Percintaan

Rahsia Tarikh Lahir dlm Percintaan
Percaya atau TidakSecara kebetulan ATAU tiDak



Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namundengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahirtarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yangtidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap seriusterutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, diasanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.




Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.



Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.







Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.






Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.





Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.






Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.





Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.






Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.






Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.
p/s:yang pasti jangan terlalu percaya dan taksub....