SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Sunday

akan bersambung esok....

Assalammualaikum....
entry yang berikutnye akan bersambung esok, walaupun hati ini membuak2 utk menaip lebih banyak lagi entry....kena bagi laluan kat myhub buat keje yang lebih penting...insyaAllah esok saya akan postkan entry yang terbaru.....Wassalam

BaLiK KaMpUnG

Biasalah hujung bulan atau awal bulan, aku dan myhub akan balik ke kampung. Kali ni adk aku Nadia pun balik sekali, coz cuti seminggu...bertolak dari umah kul 9.15pg..setelkan bil2, lepas tu gi sarapan....makan dekat umah ku je...first time makan kat kedai tu....mintak roti canai...lama menunggu maybe ramai orng...sedap jugak...tp lupa nak snap gambar....



macam biasalah kan....





kali ni aku paparkn....gambar pemandangan nak masuk kampung aku...
he3...



ke Gemas ye




dah nak masuk Jelai....




jalan masuk je ada kedai makan....tp kalau belah kiri...kubur....




terus lagi...senang je nak gi umah aku ni....tp kalau ada nak gi umah aku..bagi taulah...
boleh tunjukkan jalan...







sampai dah.....







nilah umah family saya...saya akan balik sini tiap2 bulan....
InsyaAllah....










Thursday

KeNaLi KaRaKteR MeLaLui TaRiKh LaHiR part 1

1 haribulan
Si dia berjiwa dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai.
2 haribulan
Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patong beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada perigkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.
3 haribulan
Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.
4 haribulan
Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.
5 haribulan
Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukarnya baginya berterus terang.
6 haribulan
Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.
7 haribulan
Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. adakalanya boleh menimbulkan persengketaan.
8 haribulan
Si dia agak lahir pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.
9 haribulan
Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadia yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.
10 haribulan
Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.
11 haribulan
Mementingkan kerjaya, adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial.
12 haribulan
Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.
13 haribulan
Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, sesorang cepat bosan tetapi dia penyayang.
14 haribulan
Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.
15 haribulan
Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun dihati siapa tahu?
16 haribulan
Garang! Walaupun garang, adakalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.
17 haribulan
Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan
18 haribulan
Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini
19 haribulan
Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.

Pagi-pagi Asam Pedas

Memandangkan bos aku ke Kuala Lumpur...
pagi2 lagi aku dah ajak myhub ke Asam Pedas 60an...
nak tau kenapa dipanggil asam pedas 60an...
sbb jawapan logik akal akulah....
semua pekerja kat sini lahir tahun 60an agaknye...
lagi satu...sambil makan layan muzik 60an...
yang pasti menu kat sini....
asam pedas nye mmg power....ikan keli
myhub x makan sangt ikan masak gulai ni....
jadik makan nasi goreng ngan telur mata kerbau...
dan wajib ada sambal...

aku pulak ingtkan nk makan asam pedas ngan lempeng....
dah habis lak....kecewa....











Wednesday

Akhirnya....

Finally aku kena bawak gak benda alah ni dari umah...
apa nama yer...tgkjelah gambar kat bawah ni ye...
kiranye mmg dah x tahan...panas sangat....
nak buat keje pun x selesa....


air cond kat opis ni dah dibetulkan....
maybe keadaan cuaca yang sngt panas....
aku x rasa sejuk pun....panas je.....
so benda alah ni mengadap kat muka aku sorangje...

sejuk sngt bila dah mengadap kat muka aku....
mulalah aku rasa ngantuk..he3
walau pun org ckp benda ni mencacatkan pemandangan...
ada aku kisah...asalkan aku sejuk....



SeTiAp PaGi JeM

Lepas CNY je, jalan mesti jamkan...


nak2 kalau aku keluar dekat 7.30pg....


mesti jam.....


tp x lah sehebat kat Kuala Lumpur...


lagi terukkan....


aku sampai opis punch in msh biru lagi...



okl lah kan...




myhub sakit perut...sbb malam td
makan sambal kicap banyak...







tgk tu...jalan yang selalu jem...
taman daya turn hiway P.Gudang...
bile kenderaan nak merge jadik 2 lane...





Jemput-Jemput

Jemput2...jemput makan....


Malam tadi aku menyediakan makan malam untuk myhub....


x tau nak masak apa....aku tgk bawang ada, ikan bilis ada,
yang paling penting tepung pun ada....


apalagi buat jemput2lah....kalau ada corrat dan kentang lagi sedap...


x pelah guna bahan mana yang ada je...


myhub mmg suka makan jemput ni2, makan ngan sambal kicap....


kalau masa aku sekolah2 dulu..duk kat N9, makan jemput ngan kuah kari ke,


kuah lemak cili apike atau sambal ikan bilis....


bila dah kawin ngan myhub duk kat JB, makan goreng pisang, tempe, cendawan goreng


semua makan ngan kicap....sodap....

aku makan 5 ketul je...

yang lain myhub habiskan.....

kuat tul myhub makan.....

Tuesday

RaHsia MaTa

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Mata juga mengungkap pelbagai makna - firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata….

SAIZ MATA KECIL
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

SAIZ MATA SEDERHANA
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan,
bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

SAIZ MATA LEBAR
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,
bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.
Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

MATA SELALU BERKEDIP
Pemaaf, senang dibawa
berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

MATA JARANG BERKEDIP
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia,
adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

MATA CENGKUNG
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara,
kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

MATA REDUP
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi,
hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat,
mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata.
Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan
marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.
aku jenis mata yang mana satu ye....tolong bagitau.....

RaHsia TuLiSaN


Rahsia Melalui Tulisan Dr Fadzilah Kamsah
by MUZRI on July 27, 2008

Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuatSeseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringanSeseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulatSemua huruf ditulis dengan bulat· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leperTulisan yang angular dan sharp· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasihsayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalantengah
iv. Campur-campur· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Zi. Ada ekora) Besar, panjang dan sempurna· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi· Tahap aspirasi tinggiii. Rendah· Mudah berpuas hati, cita-cita rendahiii. Tengah-tengah· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…
p/s: agak2 aku yang mana ye...
jarang menulis, serius kalau tulis....
mmg tulisan aku buruk, yang pasti satu je x berubah...
aku tulis condong ke ke kiri....sampai sekrang...
cuma bentuk tulisan je dah berubah...

Monday

ikan dah mati...

hari ni ikan yang aku baru beli hari sabtu hari tu mati....
2 ekor tu...
sedihnye....tinggal yang redje....

kot red ni ganas sangat mcmmana
dia cederakan orange...pandaije aku buat spekulasi

masa mula-mula masukkan dalam satu bekas gaduh gak...
x sesuai kot....



atau ikan ni terlebih makan...
aku isi banyak sangt ke makanan...
tinggal sekorje.....nak kena beli yang lain....









SeNgaL


nampak kat atas tu....si yati...
mmg sengal gi punch out aku punya punch card....
sibuk nak punch aku punya, sebab aku adalah orang
yang pertama punch kul 5:00:02 agaknye...
jangan buat macam akuye yang ikt betul masa balik...
bos aku pun x balik lagi....PA dah cabut dulu...he3..
baik betul bos, bagi aku balik awal...

Hepi besday bos

ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN BOS SA'DULLAH....
ALLAH SELAMAT KAN KAMU....

bos hepi, kitaorg suprise cake utk bos...
bos terkejutz dan terharu


bos tiup lilin


sambil doa utk diri sediri....he3
nmpk muda x bos aku ni....


hepi besday bos yang ke 45...
semoga bahagia dunia dan akhirat...





Biro Wanita Semakin Meletopz.....

sekarang Biro Wanita semakin Meletopz kat opis aku....
tahniah lah diucapkan kepada kak Hasnah....
sekarang semakin maju....tambah jual buah lak....
nenas...dari Pontian.....

RM1/ sebungkus....
tp aku x makan nenaslah girls....
ada buah lain x....he3


bukan setakat kekacangje.....
kuaci, asam, coklat pun ada....
nilah orang yang dipertangjwbkan membeli nenas...
Is membantu kak Nurul ...aku lak....
tolong snap gambar diorag ni...
k.zura bahagian potong2 buah....

sibuk nampak...


k.asnah (baju biru-ketua biro wanita)...
memberi arahan kepada k.zura...


sesi akhir mestilah gambar gurdizzz.....


Dah ada mood balik....tq kak ina

suka suka suka
aku dh nampak follower aku
walaupun masih sikit,
aku tetap menghargai koorg tau..
sbb tu bila x nmpak rasa gelap gulita dunia ni...
sungguh aku rasa x de mood sangt2....
he3
yang pasti aku nak ucapkan
jutaan terima kasih kepada kak ina,
kerana sudi melihat masalah aku.....
maklumlah baru setahun jagung di dunia blogger ni...
masih banyak yang x tau....
Insya Allah malam ni aku update
cite2 baru dan dah basi...
utuk tatapan koorang...
atau pun utk tatapan diri aku...
kan macam diari....
maklumlahlah skrang ni aku tulis diari kat blog je...
x yah nak beli buku diari...
bayar RM68 tu sebulan kat CELCOM...

rasa x de mood nak update...

x taulah kenapa....
tiba2 je rasa xde mood...
sejak aku x nmpak follower2 aku ni....
tp masalahnye sesetengah komputerje....
bila aku bukak blog kat lappy dan komputer x ada pulak....
camna tu....sobsobsob...
x de mood woi....

Saturday

Gi Kenduri Dekat Ngan Umah......



Hari ni seperti biasalah....hari Sabtu adalah hari utuk

berjalan-jalan walaupun duit makin kurang he3....

yg penting jalan kan....hari ni aku dan myhub

dapat jemputan ke Majlis Perkahwinan Kawan myhub....

anak lelaki K.Mas yang sulung,

muda lagi tau....semoga perkawinan berkekalan

shingga akhir hayat....dan sentiasa sabar menempuh

alam rumah tangga....

dekat ngan umah aku je....tp buat kat Show Village....



Sebelum gi jemputan aku ke UTM, Skudai...

myhub ada keje sikit....dapat jumpa kawan lama

yang pernah keje kat KP dulu.....k.atie...
dah x jumpa oi....last bulan 11 tahun lepas....




nilah K. Atie....


Celcom...berbaloi-baloi...




Tunggu jap....coz orangnye tgh meeting lagi...




duduk2 tngan x de keje nak snap je...

pose wajib....

jerawat kat dagu makin membesar....

dah settle kat UTM...terus gerak balik....
nak gi umah org kawin lak...
oklah sampai pun dah dekat 12.30tghari....
mmg masa utk makan.....
perut pun dah lapar....x makan lagi....
kat Show Village Taman Setia Indah...
konsep perkhawinan dalam taman
cantik dekorasi...
x banyak snap....segan...he3...


laluan nak masuk ke khemah



kawn myhub yang lain pun dah sampai.....
k.izan, kak aishah dan mak sam pun ada....
tp diorg dh nak hbs makan....

nasi briani.....ada kambing x ambik pun....
aku dan myhub mmg x reti nak cuba mkn...

dessert....




cenderamata dari tuan umah....


lupa plak nak bagi tau....
nama pengantin ni emey dan jiera....
x tgk pun diorg bersanding....
nak tangkap gambar pelamin,
jauh pulak, dekat umah contoh...
khemah tgh2, sebnrnye mmg aku tgh malas...
masa aku tgh makan, family pengantin pempuan dah sampai
3 buah bas...ramai tu....




close up sikit....cantikkan...

lepas gi kenduri aku ajak myhub ke smart lak....
niat dihati nak cari karipap....
tapi hampa tutup.....ngidam nak makan karipap orang tu buat
SEDAP BANGAT....
aku skrg masih blum ada kerajinan nak buat karipap lagi...
huhuhu....