SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Tuesday

TaNda JauH DaRi ALLAH





KUALA LUMPUR: Wanita pemarah yang gagal mengawal tahap emosinya, terutama di khalayak umum adalah gambaran wanita yang sudah hilang sifat pemalunya sekali gus kurang keyakinan kepada Tuhan.

Presiden Persatuan Wanita Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rubiah K Hamzah, berkata Nabi Muhammad SAW pernah bersabda apabila wanita semakin hilang rasa malunya, menunjukkan tanda dunia semakin menghampiri akhir zaman. Katanya, ini kerana Allah SWT sudah mengurniakan sifat pemalu dalam diri setiap wanita tidak kira remaja mahupun anak perempuan sebagai pendinding yang akhirnya membimbing mereka menjadi muslimah sejati serta menjaga perlakuan. “Jika seseorang wanita itu gagal mengawal nafsu marah apatah lagi boleh mengamuk di tempat umum, bermakna dia sendiri sudah semakin pupus sifat pemalunya, gambaran kepada didikan yang tidak sempurna yang akhirnya menandakan masyarakat semakin runtuh. “Dalam Islam, wanita dijadikan pemalu. Marah pula memang perkara biasa tapi jangan lupa ia juga tanda jauhnya hubungan dengan Allah dan kesucian dalam hati itu sudah sangat sedikit. “Kita sepatutnya bijak mengawal marah dan ia sebenarnya boleh dikawal dengan air wuduk dan bersujud lama ketika bersolat. Masalahnya, ramai orang tidak mampu mengawal marah, juga tidak bijak melepaskannya dalam bentuk baik,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai seorang gadis sanggup membelasah teman lelakinya selepas dia dikatakan tiba-tiba naik angin dan mengamuk dengan memaki serta memukul mangsa di depan khalayak. Tindakan gadis itu timbul selepas dia didakwa berang dengan teguran dan nasihat teman lelakinya yang juga seorang penghantar surat berusia 20-an ketika mereka bertemu di pusat beli-belah di Putrajaya, Rabu lalu. Wanita terbabit turut bertindak biadap apabila mengugut mengupah rakannya supaya merogol ibu dan adik perempuan mangsa. Takut dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan polis.





Lunch McD

Entry ni sepatutnye semalam aku postkan....
tp tahap kemalasan yang melampau....
cukup malas nak menaip....
seperti biasalah...bila dah sekali keluar lunch....
now dah tiap2 hari aku keluarlak.....
x kisah lah....myhub ok je...
tp bl dah selalu keluar dah x tau nak gi mana....
semalam lunch gi mcd kat jalan Skudai....
Rasanye ni kali kedua gi selps kawin....
punyalah dah lama aku x gi....sllnye aku
makan kat shoping kompelsje....
ais krim RM1.50je....kalau x...RM3 lbh kan...
oder chicken mcdeluxe

aksi makan kentang.....
nyum....nyum....nyum....

makin tembamlah aku...









Monday

Untuk kaum SUAMI

Salam semua, Sekiranya ada kebenaran dari apa yang di nyatakan di bawah simpan untuk ingatan dan jadikan panduan demi kebaikan rumah tangga...Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang
dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

5. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.I thought wives are only supposed to provide that service, bukannyajaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!


6. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

7. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

8. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan beda semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

9. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggokbelum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

10. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

11. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

12. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

13. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

14. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunyaperempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

15. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat kena nk buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

16. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

17. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteripun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

18. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi takboleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

19. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?Jiran sebelah rumah awak?

20. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

21. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

22. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

23. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

24. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dankaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.





Allah s.w.t. berfirman"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

HaKiKaT perNIKAHan

Hakikat pernikahan , hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan ? cuba kita lihat ... dan manakah pilihan kita ???


-Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar
jika servis di kamar tidur tidak memuaskan

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar
jika bankrup

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika
rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari
alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak

-Jika hakikat pernikahan adalah ! kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari
jika orang berubah tingkah lakunya

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai
pasti MATI / PERGI

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya
ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA . Dan
ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka
tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali
jika pasangan mendurhakai ALLAH


*** Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati .

Insyaallah .. ..

Friday

Sambutan Maulidur Rasul

Hari ni opis aku ada buat sambutan Maulidur Rasul 1431h
diadakan di Dewan Besar Kolej Islam Johor
dan dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Korporat dan
Kolej-kolej YPJ
aku ke sana mcm biasalah bersama k.zai dan aien...
sampai pun time org dah nak berarak...
alang2 terus lah berarak sekalikan....
ada persembahan nasyid dari student ITPYPJ
tp x snap...coz dul blkng sngt....
penceramah lak Ustaz Ismail bin Mat ALi
Pengurus Besar Capaian Aspirasi Sdn. Bhd &
Akademi Mutawwif Sdn. Bhd...
ceramahnye mmg best....dah berkesan kat jiwa aku ni...


Tentatif Program

sebelum nak berarak...sempat lagi...
berposing dalam kete...




k.zai yang jarang dapat berbual panjang....
sesekali dapat jumpa ada je cite yang menarik...
bnyk rahsia syarikt k.zai pegang ni.....
auditlah katakan...

ain & me mcm biasalah...

pantang org pegang hp kamera...

kalau kamera lagi lah...

student YPJ.....


dah mula berarak...dari KK JB
ke Dewan KIJ




dah nak masuk dewan pun sempat lagi....





sempat....




dah dalam dewan pun masih lagi....hish3




penuhkan saf depan...
aku mst penuh saf blkng...he3
senang nak keluar gi toilet...

duk kat dalam dewan lapar lak...
maklumlah x bekpes lagi....
nasib baik k.zai bawak kacang....
boleh lah buat alas perut...







kusyuk mendengar ceramah





ni lah org Johor.....
makan dalam dulang....tgk
3 orang je....habiske...
alasan kiteorg .....cover utk makan pagi





tu dia....jemput makan...nasi briani....
lauk ayam dan daging lembu....






Thursday

Merah

tajuk poyoje.....merah....
nak bagi tau aku mmg suka merah...
foto ni by kaff....yang suka mengedit foto....
tp aku x leh pakai tudung merahlah...
nanti muka aku nmpak gelap....
x sesuai ngan aku.....
x pelah yang pasti aku suka merah....
lappy aku warna merah
hp pun warna merah...

KoPiTiAm

Sekarang ni bila tengari je...aku mst ajak myhub keluar
walaupun myhub x nak keluar...aku paksa jugak temankan aku....
hari ni aku ke kopitiam kat ngan Giant....
sajeje...nak duk berbual ngan myhub....

mintak roti bakar kaya dan peanut



masih kenyang....tu mintak roti bakarje...


air kopi...
petang x yah makan.....








jemput minum....






habis dah.....

p/s: lepas tu gi tgk set divan

cantiknye....suka sangt matress tu...

warna hitam king saiz....RM2000

bilalah nak dapat duit terpijak...




aku pulak yang geram......

ko orang tgk kete ni....dah lah kosong depan kete dia...
slowlak tu...bolehlak ambik lane kanan....
geram pulak aku tgk...
dahlh lembab....pentingkan diri sendiri...
geramnye!!!!!!!!!!!!
walaupun aku ni x pandai bawak kete...
undang2 jalan raya ni aku lebh tau agaknye dari diorg ni....
p/s: x semua pemandu seperti
pemandu di atas, segelintirje....

Tips Mengelakkan Ngantuk...

Rasa mengantuk ketika di pejabat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyang dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. Terdapat beberapa tip yang boleh anda praktiskan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.




1) Hampiri kawasan bercahaya
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar sektika.
*tempat aku ni cahayanye dah terlebih terang...tp tetap ngantuk




2) Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. Tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.
*rasanye aku tunggu nak gi solat baru basuh muka...mmg segar lps tu...
3) Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai 'mint' dan lemon.
*wangian mmg dah ada kat atas meja aku...tp x memberi kesan pun...






4) Dengar MuzikMuzik
juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.
*tempat aku ni...speakernye bengong....kejap blh kejap idak...tumpang dgr lagu orgje...




5) Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di samping itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. Sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula.
*nilah yang malas aku nak buat...badan aku ni mmg lemau nak buat...aku pun bukan jenis yang suka bersenam...






6) Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.
*manalah ada opis aku ni pepohon hijau...batujelah yang aku pandang...kalau ada pun pokok bunga kat tepi opis ni...
p/s: ada cara lain x....?
aku rasa ada satu cara ni dah berkesan...
berblogging...taip entry baru...
trus hilang ngantuk...
kalau x de idea jap lagi...
konfrm lah rasa ngantuk lagi....

NganTukzzzz.......

Baru balik sarapan ngan myhub...
hari ni makan mee + nasi goreng....
naik opis...kepala pening...
mata dah mula start ngantuk....
nak tido oi....
pada hal tido dah terlebih ni...
kalau org ckp knp aku gemuz...
sbb terlebih tido...he3

Monday

Malam Xtravaganza

hujan lebat malam tu....aku pun lambat sampai....


kat dewan dah penuh org...


malu gak sampai lambt....


last2 aku x lalu pun red carpet...


x pelah baju aku pun biasa je...
x voke macam diorg....





me withz ain


shidah yang cun




mami yang voke malam ni


penyokong yang setia



aku dan ain yang pantang nmpak kamera





ni group urusetia....






termasuklah aku....x kisahlah...tolong AJK Hadiah

makan malam agak feal...x sedap....

cuma bbq je yang sedap...aku makan pari bakar....


cabutan bertuah....aku x dapat apa pun...

x de rezeki...


penyokong untuk mystarz KP....

cayalah....




persembahan terbaik bagus ni....





kak zai bertuah pada malam tu...dapat hp....
ganti balik yang hilang masa promosi sekolah hari tu....












Sunday

xtiviti petang Jalinan Korporat

Habis pendaftran kul 4 ptg...
trus ada taklimat setiap kumpulan....
aku kumpulan Merah....setiap kumpulan ahli dalam 45 orang...
ketua kumpulan merah...
En Husaini....kumpulan aku ada CEO lagi...


Masing2 bersemangt.....tgh membahagikan
acara kepada setiap pemain....




ada 8 kumpulan...
merah, biru, hijau, oren, ungu, hitam, kuning dan pink...







perjalanan ke Pantai....utk x tiviti
Tarik Tali....




peace...kak nurul, kak zura, izz dan ani





tgh tunggu turn...berdebar2...
sbb x pernah main tarik tali...




lom main lagi kaki aku dah krem....
suh kak ti urutkan...





bersiap sedia....




tarik erin...gile baban x larat aku nak tarik...
last2 pasukan kuning yang menang....





tukar tempat....





e...tarik oi...





yah...tarik..tarik....tarik....





ketua pasukan memberi semangt...En.Husaini...


tp x berjaya gak.....kumpulan kami kalah...
x pe semangt berpasukan tu yg penting....