SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Showing posts with label cerita lawak. Show all posts
Showing posts with label cerita lawak. Show all posts

Friday

Hammmpehh punya bebudak!!

Nak ku coretkan kisah dimana ada le 5 orang budak sekolah rendah ni yang dah kenakan aku tempoh hari dengan teka teki yang betoii memeningkan kepala aku jap tu...semasa aku bertemu diorang nie saja aku tanya tanya sekolah dimana? darjah berapa? tinggal kat mana? ..lepas tu mula lah mereka nie nak test IQ orang tua macam aku nie.......begini al kisahnya,...





Budak 1: "Pak cik saya nak beri satu teka teki kalau pak cik terror(bagus) cuba teka ..hijau campur hijau jadi warna apa???" katanya...




Aku:secara sepontan bersuara.."Hijau" (dalam hati ingatkan warna cat le??)




Budak 1."Apa le Pak cik nie. jawabnya merah le"




Aku: "macamana le pulak nie" ..(kebinggungan..)




Budak 1:"Ya..le " duit warna hijau RM5 campur duit warna hijau RM5 jadi mesti le duit warna merah RM10..apa le pak cik nie tak tahu..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Budak 2."Ok pak cik saya pulak, bunga apa warna nya hitam.."




Aku: "ha..senang sikit nie''bunga cengkih kataku"




Budak 2: "salah bunga cengkih warna cokelat kehitaman ..jawapan yang betul ialah tayar kereta..bunga die warna yang paling hitam"




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Budak 3: " Pak cik kalau burung hantu waktu siang hari dia tidur dan waktu malam hari dia jaga dan terbang cari makan' kalau le ayam di siang buat apa?"




Aku:"secara sepontan gak le jawap.."Dia berkokok le nak siang hari""




Budak 3:"Salah lagi tu..pak cik"!!, jawapan nya bila siang apa lagi dilumur dengan kunyit le ayam tu buat lauk goreng le??"""




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Budak 4: "Pak cik!! burger apa yang sentiasa suka dan riang ria""




Aku: Burger..burger apa le pulak tu tak tahu le pak cik..




Budak 4"Jawapannya ..BERGEMBIRA le""..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Budak 5: "Ok last saya punya turn lak" Pak cik tahu tak ada banyak nama benggali singh cuba pak cik sebutkan."




Aku : Ok seorang bernama Karam Singh..ada bernama Kapal Singh.ada bernama Bara Singh banyak lagi.."




Budak 5 : "Ok bagus cuba teka seorang benggali (Singh) yang boleh dan pandai bernyanyi lagu""..


Aku:"Haa. Singer Singh""jawapku.




Budak 5:"Salah le jawapan dia ialah D.J DAVE..penyanyi berbangsa singh le jugak tu cuma dia tak pakai turban je""




Aku:" apa le korang nie hampeeh betoiii le""




Semua bebudak tu ketawakan ku...




Aku: "OK le sekarang giliran pak cik nak soal ( teka teki ) korang le pulak>>"sebab korang dah sebut pasal orang singh nie giliran pak cik nak soal korang bebudak kalau terror le sangat.." Nie..Pak cik nak tanya... "siapa dia seorang singh (benggali) yang matahari..korang tahu matahari dalam bahasa inggeris "sun" kan dan dia boleh bercakap dengan orang singh nie dan siap dia boleh berborak balek dengan matahari dongak ke langit lagi????"""




selepas 5 minit kebinggungan...




Bebudak;"Entah pak cik kami dah tak tahu jawapan nya"""apa dia ya""




Aku: OK le jawapan dia ..korang mungkin tak kenal seorang singh bernama Santokh Singh... dia dulu bekas pemain bola sepak kebanggaan negara Malaysia.. haa.. dia le boleh bercakap dengan matahari tu..""



Bebudak:"macamana tu"




Aku:" Hmm cuba korang eja nama dia slow slow macam nie..Sun Talk Singh (Bukan Santokh Singh) ... bukan ke ayat dia berbunyi Matahari bercakap dengan singh...



Bebudak::"Apa le Hammpehhhh betul le..""





***Moral citenya budak sekarang lebih cepat memahami bab cite lucu dan jenaka dari serius.


Thursday

Ibu Larang Anak Pakai Jilbab (purdah)



Kisah tentang larangan jilbab bagi anak muda

Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian dibiliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru.

Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan.

Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja.

Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya.

 
Anak : Ibu..

Ibu : Hmmm ?

Anak : BU !

Ibu : APA ?

Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah.. Ibu dengarlah ni !

Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasuk kan benang kejarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun...


Anak : Bu !


Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?


Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak Bu..?


Ibu : Jangan ...




Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.




Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu.Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?


Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...


Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..


Ibu : TIDAK !


Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja...


Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !


Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.


Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!


Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!


Ibu : JANGAN !


Anak : JILBAB !


Ibu : JANGAN !


Anak : JILBAB !!


Ibu : J A N G A N !!!


Anak : J I L B A A A A A A B !!!!






Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk .... namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...






Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI.....






Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu... dengan langkah yang longlai...





(hehehe, serius tul baca nampak..........................aku pun terkena jugak...hangin satu badan......... haaa...... haaaaa??!!]


 
 
 
 

Friday

BILA LIF ROSAK

Ada tiga orang sahabat si Abu, si Bidin dan si Seman, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.
 
Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....

 
si Abu : Macamana ni... rumah kita lak atas sekali?
 
si Bidin : Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
 
si Seman : Aku rasa baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada semula.

si Abu : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

 
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si Abu mula bercerita....


 
si Abu : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan. Dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....



Punya la sedih mereka mendengar cerita si Abu hingga meleleh leleh air mata, air hidung... sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian mereka kembali memanjat sambil si Bidin pula bercerita....


 
si Bidin : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......
 
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si Bidin dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si Seman mula menyampuk...

 
si Seman : Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi... cerita aku lagi sedihhhh punya.
 
si Abu : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?
 
si Seman : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...
 
si Abu : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
 
si Seman : aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA............



 

Wednesday

JaNeT & JoHn

Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, bernama Janet.

 
Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tapi dia tak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar, untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya. Janet menawarkan gaji yang lumayan dan sebuah bilik penginapan di rumahnya, kerana ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.
 Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay dan seorang lagi kaki mabuk. Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka.


Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.


Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Janet ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, "John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..."


Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.


Sampailah ke tengah malam, John tak balik-balik ke rumah. Pukul 1 tak balik lagi, pukul 2 tak balik lagi... Pukul 2.30 pagi barulah John sampai kerumah... Masuk je kedalam rumah, John didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.


"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Janet.


John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.


"Sekarang, buka kasut but ku."


John buat, perlahan sekali.

 
"Buka, setokin ku.."


Dia buat juga.




"Sekarang, buka skirt ku."


Dia buat juga.






"Sekarang buka coliku."


Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang....buka seluar dalamku..."


Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata...
 "Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

***Akekekekeee... apa yg korang pikir haaa????


Friday

Top Up tahan lama....


org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat
dgn ape yg bakal aku citerkan ni.. top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..


mgkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account, coz dia keje kt bhgn System Development Telecom... kekadag aku tlg gak member trdekat topup, tp amik untung sket aar..



Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN
BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan nombor korg.... timing nya, korg blh topup pertengahan, ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats.... coz dlm tempoh ni, system akan diselenggara, so ada loopholes. kene try&error.



Cara-Caranyee...



1) beli topup RM 10...gesek & ready.

 
2)korg type

, then send to 09901

 
3) tgu reply, kat skrin akn kuar

satu serial number 6 digit, korg salin tau.

 
4)pastu korg type <123456> msukkan 6 digit td, send 09902

 
5)pastu diorag akn reply \"""""""""insert ur

topup num\""""""""", so korg type 14 digit

topup number yg korg beli cntohnya

; <01234567891023> send to 09903

 
6)tak lama pastu diorg akn reply ;

> \"""""""""tengkorak kau berjambul.. ingat ni

company opah kau yg punya? msuk toiletpun

kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk

pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau\"""""""""

hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.......

kecik ati aku.......... kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari
diatas dlm pelbagai bahasa, blh
menitik air mata beb.....!!!!



dahla, penat plak menipu nih.. pi sambung buat keje..
slm maju jaya..

Wednesday

Cucur Udang & cucur Badak, dan Cokodok

cucur Udang, Cucur badak dan cokodok...


Ali bengang giler bile dia dapati cucur udang yg dibeli x de sekor udang pun kat dlm nyer.. lalu dia pun pi balik ke gerai makcik jual kuih tu.

Dgn panas hati dia tanye kat makcik yg jual tu..."makcik apsal cucur udang ni sekor udang pun x de?!"

Makcik yg jual tu pn dgn selambernye menjawab "abih tu yg ko beli cucur badak ada x badak kat dlmnya?! Camne plak dgn cucur kodok, ade x kodok yg melompat kat ko?!
Ali rase mcm nk bunuh diri dgn jwpan yg diberi makcik tadi....

**Moral:Hidup ni kena byk bersabar! Sabar adalah sebahagian dari IMAN. Anggap segala yg berlaku, hanya utk menguji keIMANan kita!

 
 

Monday

FERrARI, EVO 7 & KANCIL- wajib baca....lawak giler..

Pada suatu petang yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.

Tiba-tiba datangla sebuah kereta evo7 berhenti di sebelah kancil tadi.



"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke? "tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an. "ha'ah rosak" jawap pakcik tu simple aje....



"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.



"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"



"Ok pakcik"..Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..



Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie... lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.



Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.

Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.



Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah
250kmj memasing nie...

Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...



"Over..over... ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye......... sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu, bagi hon dan hi beam nak potong!!!'



Tuesday

MiMPi SiAnG HaRi...


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya. "Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah, " Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni.".



Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.



Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.



"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.



"Rileks Liza. tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."

 
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!… "Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
 
Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak? "Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza? "Usin masih terus menangis.

 
PANGGG!!… Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

 
"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!,"emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Usin tersengih keseorangan.

 
Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

Friday

Tok Batin

Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.



Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin menunggang motor kap-chainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.



'Tok, tumpang ke Pekan."



" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang. Sampai di suatu tempat, ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin.



'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni."



"Apa salahnye, naiklah di belakang." Motor pun sampailah ke jalan besar.



Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan.



Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus mengejar beliau.



Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.



"Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak ke kite mati." Marah Tok Batin.



"Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi."



"Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi..."



Thursday

Haram Nikah Gadis 1 Kampung......HARAM TAU!!!!!

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. 
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, 
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006: 

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG" 

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut: 

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung? 

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'sasau apo haaa'?!



Wednesday

Apit nak ikut.....

Di sebuah Rumah Setinggan, tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelaki, si Apit.







Pada suatu malam, si Papa nak menunaikan tanggungjawap kepada siMama. "sayang, abang nak lagi, yang". "Ya bang... tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?"






Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak. "Pit... dah tidur ka kau pit?." "belum Papa... tengah baca buku." "Sudah...esok saja, dah malam ni, tidur!!!!" Kira kira 10 minit lagi, si Papa teriak lagi. "Pit.... dah tidur kau Pit? "Belum...." Si Papa marah dan memukul si Apit. "Disuruh tidur....tidurlah!!!" sehingga kening si Apit benjol.






Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya, tentang benjol dikeningnya. Berceritalah si Apit dari awal sampai dia dipukul papanya. Lalu gurunya pun mengajar si Apit "Malam nanti... kalau ditanya lagi, kamu diam saja....ya." "Ya....cikgu". jawab si Apit.






Malam tu, dia terdengar Papanya bersembang dengan Mamanya. "Sayang, abang nak lagi." "Ya bang.....tengok dulu si Apit, dah tidur ka belum" "Pit.....dah tidur kau Pit? Si Apit teringat pesanan gurunya, maka dia diam saja, daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur. "Apit....dah tidur kau Pit?" ulang Papanya.






Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka Papanya terus mematikan lampu.. jadilah gelap gelita Si Apit ketakutan setengah mati, tapi daripada benjol, dia menahan ketakutannya. Terjadilah 'pertarungan' antara Papa dan Mama yang tidak diketahui oleh si Apit. Tak lama kemudian dia dengar suara Papanya. "Yang...abang nak keluar ni", "Ya...bang kita keluar sama-sama", Apit dengar suara Mamanya menjawab.






Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak kuat;






"Apit nak ikutt...Apit nak ikuttt"






Esoknya....APIT BENJOL LAGI DAAA......
 
 
 

Sunday

Cerita Ayam Yang Macho

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul, tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 25 ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak). 

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini : 

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku. 

Si ayam jalak muda : Banyak hensem ko punya muka, tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja. 

Si ayam jalak tua : Eh a... berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Saper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam. 

Si ayam jalak muda : Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer) 

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing. 

Si ayam jalak muda : Set 

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter. 

Si ayam jalak muda : Boleh (dengan penuh keyakinan). 

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan. 

Kenapa????? 





[jawapan ada di bawah] 







Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU" 


***NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick nyer,) 
HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...