Biasa tak dengar orang tua-tua kata kalau tapak tangan gatal tandanya nak terima atau keluar duit??
Betul ker??
Disini saya kongsikan sedikit pengalaman saya:
Hebatnya Allah SWT memberi isyarat awal kepada tubuh badan kita bila hendak berlaku sesuatu perkara dalam hidup kita.
1. Tangan Kanan
Apa yang pernah saya alami dan saya sedari selama ini, bila tapak tangan sebelah kanan tiba-tiba rasa gatal tanpa ada sebab, maknanya kita bakal menerima duit yang kita tidak sangka.
2. Tangan Kiri
Bila tiba-tiba tapak tangan kiri gatal pula, bermakna ada rezeki (duit) yang terpaksa kita keluarkan sama ada membayar denda dan sebagainya.
3. Mata Kanan
Biasanya bila saudara jauh yang dah lama tak jumpa nak balik kampung atau kawan lama yang dah lama tak berjumpa tetapi tiba-tiba terserempak dimana-mana, bawah mata saya akan bergerak-gerak. Makin dekat hari nak berjumpa makin kuat bergerak secara spontan. Bila dah berjumpa, dah tidak bergerak-gerak.. (Bergerak-gerak bukan berkelip banyak kali tau.. Kulit bawah mata bergetar-getar sendiri.)
4. Mata Kiri
Yang ini saya sedar berlaku sebelum arwah datuk saya meninggal dunia. Ketika itu saya di matrikulasi. Selama ini tidak pernah-pernah mata sebelah kiri saya bergetar dengan kuat sendiri. Tapi pada hari tersebut, sebelah pagi mata kiri saya kuat bergetar sehingga saya dapat panggilan dari rumah memaklumkan datuk sakit kuat. Saya sempat balik melihat arwah atuk sebelum beliau meninggal.
Itu antara tanda-tanda dari tubuh kita bila hendak berlaku sesuatu disekeliling kita yang saya alami. Mungkin ianya secara kebetulan bagi setengah-setengah orang.
Atau rakan-rakan juga pernah alami pengalaman ini. Boleh share bersama. Sekian.
p/s: copy paste orang punya, sbnarnya aku dari semalam, jap2 tangan kanan gatal, jap2 tangan kiri....tp lom lagi dapat duit or keluar duit, kl setakat sarapan tu adalah...x kan lah tu dikira gakkan....tp x pelah kl masuk duit alhamdulilah...kl keluar duit pun x kisah....
2 comments:
hehehehe... kalo mata gatal camner tu, sah! takleh tgk lelaki hensem, heheheheheh...
sama nih.. dok gatal tangan.. kat jejari mama nih... jejari kanan.. nak dpt duit gak ke.. hahaha..
Post a Comment