SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Thursday

Tips Mengelakkan Ngantuk...

Rasa mengantuk ketika di pejabat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyang dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. Terdapat beberapa tip yang boleh anda praktiskan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.




1) Hampiri kawasan bercahaya
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar sektika.
*tempat aku ni cahayanye dah terlebih terang...tp tetap ngantuk




2) Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. Tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.
*rasanye aku tunggu nak gi solat baru basuh muka...mmg segar lps tu...
3) Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai 'mint' dan lemon.
*wangian mmg dah ada kat atas meja aku...tp x memberi kesan pun...






4) Dengar MuzikMuzik
juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.
*tempat aku ni...speakernye bengong....kejap blh kejap idak...tumpang dgr lagu orgje...




5) Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di samping itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. Sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula.
*nilah yang malas aku nak buat...badan aku ni mmg lemau nak buat...aku pun bukan jenis yang suka bersenam...






6) Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.
*manalah ada opis aku ni pepohon hijau...batujelah yang aku pandang...kalau ada pun pokok bunga kat tepi opis ni...
p/s: ada cara lain x....?
aku rasa ada satu cara ni dah berkesan...
berblogging...taip entry baru...
trus hilang ngantuk...
kalau x de idea jap lagi...
konfrm lah rasa ngantuk lagi....

4 comments:

.::WaNiE::. said...

ofis saye takdek pokok !

tapi bos saya kata kalau ngantuk ubatnya hanyalah tido

zh-ena said...

opis ena pun takde pokok
nak hilangkan ngantuk senang jea
tidor jap hahahahahha

erienz said...

nak tido... tulah yg susah..duk berdpn ngan bilik bos...tunggu bos x de barulah leh curi2 tido...he3

erienz said...

kalau ada bilik sendri tentu best kan..tutup pintu jap...ckp ngan PA...saya x mau diganggu sehingga pintu bilik sy terbuka...ok gakkan...beranganjelah erin...