SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Tuesday

keLEBIHan WANITA

Assalammualaikum...
Sementara bos aku x bagi keje lagi...
Eloklah aku menaipkan tatapan ilmu untuk koorng...
So, kali ni aku nak kongsi imu tentang KELEBIHAN WANITA....
Harap menjadi panduan untuk koorang....AMIN....


  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  • Seorang wanita soleha adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  • Seorang wanita jahat adalah lebih buruk darpd 1000 lelaki yang jahat.
  • Dua rakaat solat daripada wanita hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
  • Wanita yang memberi minum susu daripada badannya kepada anaknya, akan mendapat satu pahala daripada tiap2 titik susu yang diberikan kepadanya.
  • Jika wanita melayan dengan baik suaminya yang baru pulang ke rumah dalam keadaan letih, akan mendapat pahala jihat.
  • Jika wanita menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Jika wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami melihat isterinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  • Jika wanita menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya, akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjd ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, serta menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada yakut.
  • Jika wanita tidak cukup tidur pada waktu malam kerana menjaga anak yang sakit, akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan apabila dia hiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  • Wanita yang perah susu binatang dengan lafaz "bismillah" binatang itu akan mendoakannya itu dengan doa keberkatan.
  • Wanita yang menguli tepung gandum dgn lafaz "bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya.
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti mnyapu lantai di Baitullah
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana2 pintu yang dia suka.
  • Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita mati dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahal 12 tahun solat.
  • Jika wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami apabila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredaan suaminya akan memasuki syurga.
  • Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberkati auratnya, iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

1 comment:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

salam..sye nak tanye la..yakut tu ape ye?
lagi satu terima kasih jugak sebab kata-kata ini
"Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberkati auratnya, iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah."
sye tau tau pulak yang pakai purdah tu akan dapat kelebihan tu..sebab kebanyakkan purdah yang org sekarang pakai,dorang pakai yang gelap n bukan mengikut cara yang betol..maksud sye kalau cara yang betol purdah tu haruslah terang dan jarang bukannye hitam atau berwarna gelap..
(dulu time kecit2..sye selalu pikir org yang pakai purdah ni tak betol, org2 arqam yang bawak ajaran sesat)..