SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Tuesday

4 Golongan Yang Ditarik Wanita

Sewaktu di yaumal akhirat wanita akan menarik bersama-sama empat golongan lelaki ke dalam neraka. Na'uzubillah, artikel ini bukan utuk memperkecilkan wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggunjawab yang harus dilakukan terhdap wanita




PERTAMA-AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah yang tidak memperdulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tetapi memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anak perempuannya.



KEDUA-SUAMINYA
Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas di pejabat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh dan puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.



KETIGA-ABANG-ABANGNYA
Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab manjaga maruah wanita, iaitu ibu dan adik perempuan jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya dan adik perempuannya dibiar melencong daripada ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.



KEEMPAT-ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, apabila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya.



Hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/ abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan.



Maksud Firman Allah
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu dan ahlimu daripada api neraka di mana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."


Untuk kaum wanita kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang dan anak-anak lelaki anda. Kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.

1 comment: