SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Monday

TaG AnLeNe


aku nak tanya koorang sekali berapa kali koorang minum susu...
xkiralah susu marigoldke, anlene ke....atau sebagainyelah
adakah 1 hari sekali, 2 x hari, 3 x hari
4 x hari @ x minum sekali pun...aku nak taglah...

boleh tag kat kawan2 yng lain...jawab ye berapa kali sehari minum anlene...
lepas tu cite sikit koorang suka minum anlene ke x...

sebenarnya hari ahad hari tu aku ke care4...
beli barang dapur...tgk ada promotion anlene...
yang air kotaklah...rasanya RM5+ lupalah berapa harganye...
kalau ambik 2 promosi RM10+...
aku ambik yang coklat, sbb aku bukanlah penggemar susu,
mmg susah nak masuk kat tekak aku ni...
memandangkan aku ni dah tua...nak masuk 30 dalam 2 tahun lagi..
jadik kenalah berjaga, takut tulang rapuh sebelumnya....




ni dia...dalam pek ni ada 4 kotak...
kena minum 2 kotak satu hari...



nyum3 sedap gak...
tp aku takut lepas ni x leh nak membuang ni...
mcm mana ni...huhuhu...




Ni adalah gambarajah
TULANG RAPUH

-tulang kita diperbaharui sepnuhnya setiap sepuluh tahun
-Tulang manusia adalah 4 kali lebih kuat berbanding konkrit




Nilah adalah gambarajah
TULANG KUAT


Rangka badan manusia terdiri daripada  lebih 206 tulang. Tulang membentuk struktur dan memberi sokongan supaya badan kita boleh berdiri tegak, membolehkan kita bergerak dan juga melindungi organ dalaman (seperti jantung dan paru-paru). Ia juga menyimpan 99% daripada kandungan kalsium dalam badan kita. Oleh kerana tulang memainkan pelbgai peranan penting, adalah penting untuk kita memeliharanya supaya ia kekal kuat dan sihat.





DARIPADA USIA 30 TAHUN, TULANG ANDA BOLEH MULA MEROSOT!
YA- Jisim tulang yang berkurangan tidak dapat dikembalikan

Ketika kita muda, proses pembinaan semula tulang menyebabkan lebih banyak tisu tulang dibentuk. Apabila kita mencapai usia 20an atau 30an, jisim tulang kita mencapai kemuncaknya.

Semakin usia kita meningkat, lebih banyak jisim tulang akan berkurangan kerana aktiviti penguraian melebihi aktiviti pembentukan semula.

Jika ini berterusajn, tulang boleh menjadi lemah dan keretakan tulang mungin berlaku.


OSTEOPOROSIS

adalah sejenis penyakit yang menyebabkan tulang anda menjadi lemah dan rapuh, terutamanya di pergelangan tangan, pinggul dan tulang belakang, menjadikannya mudah patah. Kemerosotan tulang berlaku secara perlahan-lahan, tidak menyakitkan dan tidak menunjukkan sebarang simptom. Mereka yang mengalami osteoporosis hanya menyedarinya setelah mengalami kepatahan tulang.


CARA-CARA MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT

Pemakanan yang seimbang
Pengambilan nutrien tulang yang secukupnya seperti kalsium dan vitamin d dalam diet anda amat penting. Susu merupakan salah satu sumber baik kerana ia membekalkan anda dengan nutrien penting yang lain seperti protein, magnesium dan zink

Senaman
Tulang kita boleh menjadi semakin kuat dengan senaman, seperti berjalan, berlari, lompat tali, menaiki tangga, joging dan menari

Gaya Hidup Sihat
Elakkan merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan. Ia boleh mengurangkan kandungan kalsium dan mineral dalam tulang, menjadikan lemah dan mudah patah.




p/s: sumber dari pemplet Anlene
Lindugi Kekuatan Tulang Dalam 4 Minggu

2 comments:

.::WaNiE::. said...

saya tidak suke minum susu

erienz said...

skrang...wajib suka minum susu...nak tulang reput?..