Rasulluah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkan istighfar, iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka.
Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni NERAKA?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?
Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua org wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan ramadan kerana haid. Maka inilah dikatakan kekurangan agama.
Hais Sahih Muslim...

No comments:
Post a Comment