Sinopsis:
Hazwani, gadis berkarier yang memiliki segala-galanya. Namun, ada satu yang kurang, dia gagal memeluk cinta seorang lelaki. Bukan dia menolak fitrah, tapi dia telalu leka dengan kerjaya dan prinsip hingga mengabaikan tuntutan diri. Meski hidup solo bukanlah satu dosa, tapi hipokrit kalau dia tidak berasa cemburu melihat kebahagian teman seusia.
Kehadiran semula Iskandar, bekas tunangnya sesekali menggamit rasa. Begitu juga layanan mesra Datuk Munir, bos sendir yang saban hari merapatinya. Dan seiring waktu berlalu, ketulusan hati Radhuan yang dikenali sejak pertemuan di bumi Esfahan, membuka pintu hatinya.
Namun prinsipnya tetap sama, dia tidak mahu terburu-buru, bimbang ada hati yang terluka. Kerna itu, di setiap sujudnya doa terus dipohon agar dia tidak silap membuat pilihan. Apakah dia ditakdirkan bersama dengan salah seorang daripada mereka atau perlukah dia menanti lagi?

No comments:
Post a Comment