SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Tuesday

TaNda JauH DaRi ALLAH





KUALA LUMPUR: Wanita pemarah yang gagal mengawal tahap emosinya, terutama di khalayak umum adalah gambaran wanita yang sudah hilang sifat pemalunya sekali gus kurang keyakinan kepada Tuhan.

Presiden Persatuan Wanita Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rubiah K Hamzah, berkata Nabi Muhammad SAW pernah bersabda apabila wanita semakin hilang rasa malunya, menunjukkan tanda dunia semakin menghampiri akhir zaman. Katanya, ini kerana Allah SWT sudah mengurniakan sifat pemalu dalam diri setiap wanita tidak kira remaja mahupun anak perempuan sebagai pendinding yang akhirnya membimbing mereka menjadi muslimah sejati serta menjaga perlakuan. “Jika seseorang wanita itu gagal mengawal nafsu marah apatah lagi boleh mengamuk di tempat umum, bermakna dia sendiri sudah semakin pupus sifat pemalunya, gambaran kepada didikan yang tidak sempurna yang akhirnya menandakan masyarakat semakin runtuh. “Dalam Islam, wanita dijadikan pemalu. Marah pula memang perkara biasa tapi jangan lupa ia juga tanda jauhnya hubungan dengan Allah dan kesucian dalam hati itu sudah sangat sedikit. “Kita sepatutnya bijak mengawal marah dan ia sebenarnya boleh dikawal dengan air wuduk dan bersujud lama ketika bersolat. Masalahnya, ramai orang tidak mampu mengawal marah, juga tidak bijak melepaskannya dalam bentuk baik,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai seorang gadis sanggup membelasah teman lelakinya selepas dia dikatakan tiba-tiba naik angin dan mengamuk dengan memaki serta memukul mangsa di depan khalayak. Tindakan gadis itu timbul selepas dia didakwa berang dengan teguran dan nasihat teman lelakinya yang juga seorang penghantar surat berusia 20-an ketika mereka bertemu di pusat beli-belah di Putrajaya, Rabu lalu. Wanita terbabit turut bertindak biadap apabila mengugut mengupah rakannya supaya merogol ibu dan adik perempuan mangsa. Takut dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan polis.





3 comments:

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

nice story

.::WaNiE::. said...

ye kalau nak marah mesti kene kawal

i mmg control ayu kalau xkuar artikel ni pun i mmg salu kontrol ayu

lepas geram pun kat blog

tlg la jgn ckp jauh dari allah jugak ..huhuhu sedih nanti tauuu

erienz said...

Wanie: janganlah terasa hati...ni cuma artikel dari utusan kalau x silap....cuma kite nak renung2kan...mana tau kite x leh kontrol marah...sekurang2 bila bca artikel ni...ingtan pada diri sendiri...he3...