SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Thursday

KeNaLi KaRaKteR MeLaLui TaRiKh LaHiR part 1

1 haribulan
Si dia berjiwa dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai.
2 haribulan
Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patong beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada perigkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.
3 haribulan
Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.
4 haribulan
Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.
5 haribulan
Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukarnya baginya berterus terang.
6 haribulan
Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.
7 haribulan
Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. adakalanya boleh menimbulkan persengketaan.
8 haribulan
Si dia agak lahir pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.
9 haribulan
Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadia yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.
10 haribulan
Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.
11 haribulan
Mementingkan kerjaya, adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial.
12 haribulan
Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.
13 haribulan
Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, sesorang cepat bosan tetapi dia penyayang.
14 haribulan
Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.
15 haribulan
Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun dihati siapa tahu?
16 haribulan
Garang! Walaupun garang, adakalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.
17 haribulan
Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan
18 haribulan
Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini
19 haribulan
Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.

2 comments:

zh-ena said...

tak sabar nak tggu part 2

erienz said...

sabar ye...