Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan
menyimpan janggut untuk mengamalkan
kepercayaannya...
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian,
dia dianggap ekstrim dan pengganas?
Mengapa seseorang rahib boleh meliputi
keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan
diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan
begitu, dia ditekan?
Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk
keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu,
mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"
Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti
dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana
punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai
hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya
ke universiti?
Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu
bidang, dia dikatakan punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati
Islam, dia dikatakan tak berguna?
Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi
membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi
baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan
jenayah, nama Islam turut diadili!
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk
melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin
melakukannya untuk menyelamatkan diri,
keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?
Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah
dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah
dipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan
kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama
Islamnya!
Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung
di dalam Al-Quranul Karim?
Sampaikan...
jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!

1 comment:
garapan yg baik...
Post a Comment