SaYaNg KaMu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik....klik....

Sunday

Panggilan ALLAH

Selama hayat kita sebagai manusia, Allah hanya memanggil kita sebanyak 3 kali sahaja:

Panggilan pertama adalah AZAN. Ini adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangt jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel. Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita. Kadangkala kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan Rahmat-Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat-Nya, sama ada umat-Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat-Nya ketika hari kiamat nanti

Panggilan Kedua adalah UMRAH/HAJI. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-Nya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam…..yang tidak ada wang menjadi ada wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul….Allah berkata, laksanakan umrah/haji bagi yang mampu.

Dan panggilan ketiga adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan perkara, Allah tidak memberikan tanda secara langsung dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakann. Kita hanya menjawab dengan lidan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkan waktu kita sebaik-baiknya. Jawablah tiga panggilan Allah dengan hati dan sikap yang Husnul Khotimah. InsyaAllah syurga adalah balasannya.

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama ‘Huraisy” berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat jibrail bertanya ‘Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau caro?’ Huraisy pun menjawab, Aku mencari lima orang:

- Pertama orang yang meninggalkan solat

- Kedua, orang yang tidak mahu memberikan zakat

- Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu bapanya

- Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid

- Kelima, orang suka minum arak

No comments: